CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 26, 2009

KESELAMATAN

PENGENALAN
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

KESAN BAIK DAN BURUK
Kemajuan yang wujud di era ini telah menyebabkan kita makin bertamadun dan berpengetahuan. Segala-galanya telah menjadi semakin mudah dengan kewujudan teknologi. Kalau dahulu teknologi itu ibarat satu benda yang baru dan bukan semua orang boleh menggunakannya, tetapi sekarang tanpa teknologi orang tersebut dikatakan kuno. Menurut Mcluhan, perkembangan teknologi telah mengubah dunia contohnya melalui perkembangan seperti kemudahan satelit, beliau berkeyakinan bahawa perkembangan teknologi komunikasi yang pantas akan menyediakan warga dunia dengan maklumat mengenai sesuatu kejadian di dunia dengan pantas, cekap dan tepat. Ianya diklasifikasikan sebagai perubahan yang berlaku dari suatu masa kepada suatu masa yang lain untuk tujuan penambahbaikan. Ia berupaya untuk melepaskan ataupun menundukkan kuasa yang datang dari masa lampau, perubahan yang berlaku (pemodenan) telah melahirkan kerajaan yang mengamalkan sistem kapitalisme.
Namun teknologi dan pemodenan yang berlaku telah menyebabkan kesan baik dan buruk terhadap keselamatan negara. Teknologi yang wujud menyebabkan masyarakat boleh melakukan perubahan. Begitu juga dengan pihak-pihak yang tertentu dalam menjaga keselamatan negara. Perkembangan teknologi sama ada di negara mempunyai pemerintah yang kuat atau liberal tidak terlepas dari golongan pemerintah yang menguasai teknologi. Ada fakta yang menyatakan bahawa pengembangan teknologi membantu dari segi keselamatan negara.
Sebagai contoh, kejayaan projek Manhattan mengaplikasikan pengunaan bom Hidrogen dalam tragedi Hirosima dan Nagasaki yang mana ia boleh menyelamatkan negara tersebut daripada di ceroboh oleh pihak musuh. Kewujudan perkembangan teknologi seperti komputer, internet, persidangan video dan lain-lain lagi. Perkembangan teknologi ini telah membantu dalam keselamatan negara terutamanya dalam membanteras gejala jenayah. Pihak berkuasa telah berjaya mengesan penjenayah hanya dengan membuat lakaran muka penjenayah di komputer dan ini secara tidak langsung suspek dapat dikesan oleh pihak berkuasa.
Teknologi dan pemodenan yang wujud juga telah menyebabkan berlakunya fitnah sama ada terhadap masyarakat itu sendiri ataupun fitnah terhadap negara. Tahun-tahun sebelum dan awal 80an, persoalan fitnah pada kebiasaannya timbul sama ada melalaui ungkapan lisan radio atau televisyen, atau tulisan dalam surat khabar dan majalah. Tetapi, dalam tahun-tahun selepas itu, wujud satu wahana baru yang juga boleh terjadinya fitnah, iaitu melalui komputer dan juga mesej yang dikirimkan melalui telefon mudah alih. Ini bermaksud kata-kata yang berbau fitnah atau yang berkemungkinan boleh mewujudkan fitnah boleh mengancam kedudukan dan keselamatan negara. Perbuatan fitnah tersebut adalah seperti dalam bentuk perbuatan, kelakuan ataupun perkataan. Perkembangan teknologi dan pemodenan juga adalah kita akan merasa diri kita tidak begitu selesa dengan keadaan sekeliling kerana kita sentiasa diperhati. Dengan adanya teknologi ini, kejadian-kejadian yang tidak diingini masih berlaku dan untuk menggelakkan kejadian seperti itu berlaku kita mestilah membantu dalam apa jua keadaan kerana dengan bantuan teknologi yang sedia ada masih tidak cukup untuk mencegah kejadian ini daripada berlaku.

CCTV bantu atasi jenayah

Oleh HAMDAN AHMAD
HAMPIR setiap hari kita dipaparkan dengan berita jenayah baik yang disiarkan oleh media cetak mahu pun media elektronik. Seolah-olah tidak lengkap hari kita jika tidak disulami dengan berita-berita kegiatan jenayah.
Keadaan ini semestinya berbeza jika dibandingkan 30 tahun lalu di mana kadar kes jenayah yang dicatatkan agak rendah.

Di pihak kerajaan pelbagai langkah telah diambil untuk mengurangkan kes-kes jenayah yang semakin membimbangkan. Kerjasama pihak swasta turut ditingkatkan agar langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan memberikan kesan maksimum.
Penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) misalnya merupakan salah satu kaedah berkesan yang dilihat dapat menimbulkan rasa ‘takut’ di kalangan orang ramai untuk melakukan kegiatan jenayah.

Banyak negara di Eropah telah menggunakan CCTV bagi mengawasi pergerakan penduduknya dan bagi mengekang keganasan. United Kingdom (UK) secara khusus menggunakan secara meluas CCTV sebagai alat mengekang jenayah dan keganasan. Mengikut beberapa penyelidik, sistem CCTV di UK telah membuat individu merasa takut hendak melakukan jenayah dan ia dikatakan berjaya mengekang jenayah. Hingga ke hari ini, terdapat kira-kira 800 program CCTV beroperasi di UK. Kerajaan British telah menyediakan geran berjumlah 22 juta pound setiap tahun bagi pembelian dan pemasangan CCTV.
Mengikut satu kajian oleh YOUGOV untuk NTL Telewest Business, lebih daripada 80 peratus rakyat British menyokong penggunaan CCTV bagi mengekang jenayah di bandar-bandar dan juga usaha menjejaki kereta curi. Bagaimanapun mereka kurang bersetuju CCTV digunakan untuk menangkap pesalah jalan raya.
Bukan sahaja di UK, di beberapa negara lain seperti Kanada, Perancis, Ireland, Rusia, Ireland dan Monaco juga turut menggunakan perkhidmatan CCTV demi menjaga keselamatan rakyat dan negara.

Di Perancis, intipan talian telefon dan intipan video elektronik adalah dilarang sekiranya digunakan bagi mencungkil maklumat mengenai kehidupan seks seseorang individu atau kewangan peribadi tetapi dibenarkan untuk intipan ke atas bisnes atau aktiviti politik. Disebabkan aktiviti pengganas sejak kebelakangan ini, kerajaan Perancis telah membenarkan penggunaan CCTV di kawasan awam, termasuk mengawasi jalan-jalan utama dan bandar dan kawasan awam bandar.

Di Ireland, CCTV telah digunakan oleh syarikat swasta semenjak pertengahan 1980 bagi mengawasi pejabat pos, gedung perniagaan, bank, bangunan-bangunan penting kerajaan dan kompleks membelibelah. Di Sepanyol, ancaman pengganas menyebabkan pihak kerajaan mengambil tindakan keselamatan yang luar biasa, terutama sekali di kawasan pelancong.
Oleh kerana populariti CCTV meningkat, jualan komersial alat CCTV pada 1995 sahaja telah sampai ke tahap maksimum. Sebuah pengeluar utama alat CCTV melaporkan keuntungan bersih AS$120 juta pada 1995 berbanding keuntungan hanya AS$16 juta tahun sebelumnya. Mengikut seorang pegawai keselamatan, bisnes di Amerika Syarikat (AS) sekarang telah membelanjakan hampir AS$100 bilion setahun untuk produk berkeselamatan tinggi bagi mengimbangi kerugian AS$200 bilion setahun akibat jenayah. Lebih daripada 50 peratus alat-alat CCTV dijual kepada pelanggan-pelanggan industri dan komersial.

Walaupun pada umumnya CCTV digunakan untuk menjaga keselamatan orang awam, kumpulan hak asasi manusia tidak menyokong penggunaannya secara meluas. Di AS, ada pihak merasa ragu-ragu tentang penggunaan CCTV kerana ia memberi chilling effects kepada rakyat negara berkenaan. Beberapa mahkamah di AS mendapati penggunaan CCTV merupakan salah satu cara yang dipanggil, “the most mentally disconcerting forms of monitoring performed by government”.

Di Malaysia pula, penggunaan CCTV masih belum lagi meluas penggunaannya tetapi kesedaran tentang keselamatan dari hari ke sehari kian bertambah. CCTV banyak digunakan di premis-premis seperti bank, bangunan/pejabat penting kerajaan, gudang-gudang, pasar raya besar, bahkan telah mula menular ke premis kecil seperti kedai runcit dan rumah-rumah persendirian.

Persoalan di sini, sama ada kita akan mempertingkatkan penggunaan CCTV di negara ini pada masa depan. Bagi pihak kerajaan, ia perlu mengambil tindakan proaktif yang dikaitkan dengan keselamatan dan bagi mengelak kerugian berjuta ringgit. Akta serta perundangan perlu ada dan dilaksanakan bagi mendefinisikan penggunaan CCTV secara berkesan. Pihak kerajaan perlu mengimbangi kepentingan ‘privacy’ individu dengan penguatkuasaan hak undang-undang dan kepentingan negara.

Pada dasarnya, penggunaan CCTV boleh diterima pakai sebagai alat penguatkuasaan undang-undang bagi mengawasi kawasan-kawasan awam, sekolah dan kawasan perumahan. Umumnya, data yang diperoleh dari video intipan CCTV telah terbukti berjaya dalam mengurangkan dan menggagalkan kegiatan jenayah dan juga dapat membantu mendakwa individu-individu yang ditangkap ketika melakukan jenayah. Kita tahu ada banyak cara untuk mengekang jenayah dan penggunaan CCTV adalah salah satu cara yang boleh dikatakan efektif dan praktikal.
* PENULIS ialah Timbalan Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Keselamatan ICT
‘Gatekeeper’
Dalam komunikasi manusia, secara khususnya di dalam bidang kewartawanan, “gatekeeping” adalah satu proses dimana idea dan maklumat ditapis untuk penerbitan. Proses pembuatan keputusan dalaman menyekat maklumat daripada media kepada massa. Teori pertama ditubuhkan oleh ahli psikologi sosial iaitu Kurt Lewin pada 1947 dan teori ini masih digunakan oleh pelajar – pelajar komunikasi massa dan kewartawanan. “Gatekeeping” membenarkan semua peringkat struktur media iaitu daripada wartawan membuat keputusan sumber mana yang patut dipilih termasuklah dalam berita kepada editor untuk membuat keputusan berita mana yang patut diterbitkan. “Gatekeeper” yang membuat keputusan mana maklumat boleh diterbitkan dan maklumat mana yang disekat. Dalam kata yang lain, “gatekeeper” di dalam sistem sosial membuat keputusan terhadap komoditi iaitu bahan mentah, barangan dan maklumat untuk memasuki sistem. Penting untuk menyedarkan yang “gatekeeper” mampu mengawal pengetahuan publik tentang isu - isu semasa yang berlaku dan membuang berita – berita yang sudah lepas. “Gatekeeper” juga boleh dilihat sebagai sesebuah institusi atau organisasi dimana mengawal kedudukan kuasa dan mengawal aliran maklumat dan pengaruh politik. “Gatekeeper“ wujud dalam pelbagai kerja dan mereka boleh membuat pilihan untuk mewarnai gambaran mental yang dicipta di dalam pemahaman manusia tentang apa yang terjadi di sekeliling mereka. Media “gatekeeping “ menunjukkan keputusan dibuat berdasarkan prinsip di dalam nilai yang baru, rutin organisasi, struktur input dan akal waras. “Gatekeeping” adalah keperluan di dalam perancangan komunikasi dan semua peranan perancangan komunikasi termasuklah sesetengah aspek “gatekeeping”. Pilihan “gatekeeper” adalah pengaruh web kompleks, keutamaan, motivasi dan nilai biasa. “Gatekeeping” tidak dapat dielakkan dan sesetengah keadaan ia boleh digunakan. “Gatekeeping” juga boleh jadi berbahaya kerana ia boleh diarahkan untuk menyalahgunakan kuasa dengan membuat keputusan maklumat apa yang boleh dibuang dan apa yang boleh diterbitkan.
Jangan biarkan benda-benda yang tajam di merata tempat dan di tempat yang boleh dicapai oleh kanak-kanak Jangan amalkan tabiat merokok di dalam rumah. Hampir semua kebakaran bermula dengan penghisap rokok yang cuai yang tidak memadam api puntung rokok sepenuhnya. Rangkakan satu pelan keselamatan untuk kebakaran. Beli sebuah alat pemadam api untuk disimpan di dalam rumah. Elakkan daripada memegang air panas atau benda-benda panas apabila adanya kehadiran kanak-kanak berdekatan dengan anda. Gunakan minyak tanah yang diiktiraf oleh SIRIM. Use kerosene that has been SIRIM certified. Jangan tinggalkan anak anda bersendirian dekat dengan air. Untuk mandi dengan air panas, penuhkan bekas mandi dengan air sejuk terlebih dahulu, kemudian barulah tuangkan air panas dan bukan sebaliknya. Pagarkan kawasan disekeliling kolam mandi anda.
Gunakan kerusi kanak-kanak yang sesuai dengan umur anak anda apabila mengadakan perjalanan melalui kereta, TERUTAMANYA UNTUK JARAK PERJALANAN YANG PENDEK. Kebanyakan kes kemalangan berlaku dalam perjalanan yang pendek. Jangan mendukung anak anda semasa menumpang kereta, dengan anggapan bahawa dengan cara ini anak anda berada dalam keadaan yang selamat. Sewaktu kemalangan, anak anda boleh terpelanting dari dukungan anda, atau badan anda boleh mengenakan impak ke atas anak anda. Kanak-kanak di bawah umur 12 bulan tidakboleh menumpang di kerusi belakang basikal. Kerusi-kerusi ini adalah untuk kanak-kanak yang lebih tua. Bila membawa kanak-kanak yang lebih tua, pastikan mereka memakai topi keselamatan basikal mereka. Pelbagai cara lagi boleh dibuat bagi menjamin keselamatan kanak-kanak. Cuma, kita hanya perlu lebih berfikir secara kreatif dan berusaha menjaga keselamatan kanak-kanak terjamin.

KESELAMATAN KANAK – KANAK
Kanak-kanak merupakan generasi yang akan mendokong wawasan negara. Pemupukan tumbesaran kanak-kanak dalam suasana yang positif dan sihat amat penting demi menjamin masa depan mereka di dalam dunia yang penuh dengan cabaran serta kecanggihan multimedia ini. Masa kini, kanak-kanak dikelilingi dengan kemajuan teknologi maklumat, di mana-mana sahaja kita dapat melihat kecanggihan dan kemajuan teknologi. Kanak-kanak walau dalam usia setahun jagung adalah terpengaruh dengan alat-alat yang moden seperti video games, komputer dan sebagainya. Semua ini boleh mendatangkan kesan sampingan yang negatif ke atas pertumbuhan akhlak kanak-kanak yang sedang membesar. Di sinilah pentingya peranan ibu bapa dan penjaga. Kita perlu menggunakan kemudahan IT untuk memupuk minda dan kemahiran kanak-kanak ke arah pembinaan nilai-nilai diri yang murni dan mulia. Seperti yang disarankan melalui kursus ini, kanak-kanak yang membesar dengan tubuh badan yang cergas sudah pasti menghasilkan minda yang pintar dan cerdas. Di sini ternyata sistem pemakanan memainkan peranan yang penting. Walaupun kini terdapat pelbagai jenis makanan ringan yang tidak berkhasiat, ibu bapa dan penjaga yang prihatin sudah tentu tahu membezakan makanan yang sesuai untuk diberikan kepada anak-anak di bawah jagaan mereka. Sistem pemakanan seimbang seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan tidak patut dipandang remeh. Ianya bukan sahaja baik untuk tumbesaran kanak-kanak, tetapi juga berkenaan dari segi kemampuan daya intelek untuk menghadapi pembelajaran di sekolah.

RUJUKAN
White, David Manning. (1964). "The 'Gatekeeper': A Case Study In the Selection of News, In: Lewis A. Dexter / David M. White (Hrsg.): People, Society and Mass Communications. London S. 160 - 172. "
Snider, P.B. (1967). “'Mr.Gates; revisited: A 1966 version of the 1949 case study,” Journalism Quarterly 44 (3):419-427.
Berkowitz, D (1990). “Refining the gatekeeping metaphor for local television news,” Journal of Broadcasting & Electronic Media 34 (1)55-68.
Lewin, Kurt, "Frontiers in Group Dynamics," Human Relations, v. 1, no. 2, 1947.
hea.ump.edu.my/images/.../CCTV%20bantu%20atasi%20jenayah.doc -

Wednesday, September 16, 2009

INFRASTRUKTUR

PENGENALAN

Infrastruktur adalah satu set struktur yang bergabung antara satu sama lain lalu membentuk satu rangka yang menyokong keseluruhan struktur tertentu. Misalnya infrastruktur pengangkutan merangkumi landasan keretapi, jalanraya, lapangan terbang, pelabuhan dan lain-lain elemen yang bersangkutan dengan pengangkutan. Kadang-kadang, definasi ini amat luas. Contohnya infrastruktur kapital di dalam ekonomi merangkumi perusahaan tekstil sehinggalah sistem kanal seluruh benua


TEKNOLOGI DAN PERMODENAN MEMBANTU DALAM MENINGKAT INFRASTRUKTUR

Negara Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang beralih ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Tumpuan diberikan kepada usaha menggalakkan teknologi maklumat dankomunikasi (ICT) sebagai pemacu strategik bagi menyokong dan menyumbangsecara langsung kepada pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kemudahan infrastruktur komunikasi bagi meningkatkan kebolehcapaian serta menambah baik institusi dan persekitaran kawal selia yang berkaitan. Penekanan yang lebih diberikankepada usaha meningkatkan tahap penggunaan ICT dalam pelbagai sektorekonomi, antara kawasan bandar dengan luar bandar serta kalangan pelbagailapisan masyarakat. Contohnya RMKe-8, pelaburan oleh sektor awam dan swasta tertumpu kepada pembinaan infrastruktur ICT utama. Usaha ini merupakan sebahagiandaripada langkah mewujudkan rangkaian kemudahan dan perkhidmatan yangcekap dan pantas bagi menggalakkan penyebaran ICT dalam ekonomi secaralebih meluas. Koridor Raya Multimedia (MSC) terus menyediakan landasandan persekitaran yang diperlukan untuk meningkatkan lagi pembangunan industriICT. Penggunaan ICT terus dipertingkat menerusi penerimaan meluas ICT dalamperdagangan, industri, pendidikan, kesihatan serta dalam semua aspek kehidupan keutamaan diberikan kepada usaha peluasan infrastruktur kawasan luar bandar dan terpencil bagi meluaskan kecapaian infrastruktur komunikasi. Pelaburan tambahan disediakan menerusi peruntukan Kerajaan dan Tabung Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) yang disumbangkan oleh pihak industri untuk meningkatkan akses kepada infrastruktur ICT dari segi perkhidmatan telefoni asas, telefon awam berbayar dan Internet terutamanya kawasan luar liputan. Program USP ini membolehkan sebahagian besar daerah serta sekolah, klinik dan perpustakaan luar bandar dilengkapkandengan akses kepada talian tetap, telefon awam berbayar dan Internet. Dalam usaha mempercepatkan peluasan infrastruktur dan meningkatkan kadar penembusan ICT kepada masyarakat awam termasuk kawasan luar bandar dan kawasan luar liputan, pihak industri memanfaatkan penggunaan teknologi wayar dan wayarles bagi menyediakan perkhidmatan jalur lebar ke seluruh negara.

Kemudahan infrastuktur yang membangun boleh meningkatkan lagi peningkatan ekonomi negara dimana ia boleh menyumbang kepada kepesatan hidup masyarakat yang semakin membangun dan boleh bergerak seiring dengan kemajuan. Antara kemajuan infrastruktur yang boleh dilihat ialah dari segi penciptaan bangunan-bangunan yang lebih membangun dan boleh bersaing dengan negara-negara maju yang lain. Contohnya seperti Menara Kembar Petronas (KLCC) yang menjadi mercu tanda pembangunan infrastruktur negara semakin beerkembang. Di samping itu kerajaan juga ingin meningkatkan pembangunan di luar bandar supaya penduduk-penduduk di kawasan tersebut tidak ketinggalan untuk menikmati kemajuan infrastruktur negara yang semakin membangun. Kedatangan teknologi dan pemodenan dilihat sangat membantu di dalam peningkatan perkembangan ini dimana kita sudah pandai untuk mengaplikasikan teknologi dan pemodenan dalam bentuk infrastrutur. Pembangunan-pembangunan yang dijalankan dengan adanya peningkatan teknologi dan pemodenan telah dapat perhatian di mata masyarakan luar dimana kita dilihat bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dan pemodenan dalam bentuk infrastrutur. Kita sebagai rakyat perlulah menyokong kerajaan dalam membantu untuk meningkatkan lagi supaya kita dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain.

ISU "MIDDLEWARE"

Secara umumnya, “Middleware” bermaksud perisian yang menjadi perantara atau jambatan di antara program aplikasi dan rangkaian. Ia menguruskan interaksi antara perisian-perisian dalam pelbagai jenis platform komputer. ORB atau “Object Request Broker” adalah salah satu contoh perisian middleware di mana ia digunakan untuk menguruskan komunikasi di antara objek. Ia merupakan satu koleksi perisian yang canggih yang cuba diketengahkan. Walaubagaimanapun produk ini menjanjikan satu kehebatan dalam memberi aplikasi merentas lanskap komputer korporat. “Middleware” boleh diertikan sebagai satu sistem perisian yang mempunyai beberapa fungsi.Antaranya ialah sebagai pelantaran (Platform). Ia merupakan satu teknologi untuk membina dan mengedarkan komponen. Contoh dalam membina dan menyokong pelantaran atau “platforms” ini ialah Distributed Object Platforms, Mobile agent systems dan The web.
Fungsi kedua Middleware ini juga ialah Rangka kerja (“Frameswork”). Ianya menggunakan pelantaran atau “platforms” untuk membina komponen rangka kerja dan direka untuk menyokong susunan aplikasi khusus. Contohnya ialah Multimedia Applications, Groupware Applications dan Services.

Dalam perbincangan isu semasa untuk tajuk “Middleware” ini, beberapa tajuk akan dibincangkan dan juga yang berkaitan dengan isu ini. Antara tajuk atau topik yang akan dibincangkan yang berkaitan dengan “Middleware” ini ialah “Middleware” dan syarikat-syarikat gergasi dan Ancaman Microsoft.
BEA merupakan tulang belakang dalam pembangunan “Middleware”.

Kaitan “Middleware” dan syarikat-syarikat gergasi dengan BEA adalah sebuah syarikat yang bertanggungjawab dalam pengkhususan bagi perisian “Middleware”. Pengerusinya Bill Coleman menjangkakan kejayaannya akan tiba untuk beberapa tahun akan datang dalam teknologi “Middleware” ini. BEA perlu bersaing dengan hebat terhadap syarikat-syarikat gergasi software dalam teknologi “Middleware” ini terutamanya IBM dan Microsoft. Mengikut analisa, sekurang-kurangnya enam major dalam arus teknologi “Middleware” pasaran ini menyatakan sebanyak 2.5 juta dalam US dollar dalam penjualan produk akan meningkat kepada 5.6 juta dalam US dollar dalam tempoh tiga tahun. Namun begitu keuntungan yang diperolehi akan digunakan sebagai membeli produk yang boleh memastikan komponen dan aturcara yang digunakan adalah selamat dan tidak terdapat “mysterious errors”, masalah perlaksanaan dan “gobbledygook” iaitu bahasa yang berbelit-belit atau pelik pada skrin komputer.


Ancaman Microsoft dengan “Middleware” di samping pembangunan aplikasi adalah medan pertempuran untuk perjuangan yang besar dalam industri perkomputeran. Untuk menyatukan komponen yang berselerak, Microsoft mahu pengguna menggunakan teknologinya iaitu “Object Model” digunakan dalam “desktop” dan aplikasi “Visual Basic”. Tetapi IBM, Sun Microsystem, Hewlew Packard dan pembekal UNIX mahu pengguna menggunakan teknologi “standard” iaitu “Common Object Request Broker Architecture” (CORBA) dan komponen “standard” iaitu “Enterprise Java Beans”.


Kesan jangka pendek akibat daripada ancaman Microsoft dan pertembungan “standard” ini adalah kekeliruan pasaran untuk teknologi komputer, melambatkan penggunaan teknik program baru dan tektik pembekal-pembekal diantaranya ialah Iona of Ireland, Software AG of Germany dan Level 8 of the US yang mewujudkan jambatan atau hubungan. Kesan jangka panjang pula, berdasarkan daripada hasil ianya akan lebih menonjol. Kita lihat di sini jika “standard” Microsoft di ambil oleh organisasi besar, kesemua “Middleware” dan perkembangan aplikasi juga akan turut terlibat. “Meta Group” pula baru-baru ini bertelingkah dan membangkang bahawa dalam bidang baru iaitu teknologi aplikasi pelayan web menegaskan pengguna mempertimbangkan produk dengan infrastruktur teknologi maklumat termasuk perkhidmatan transaksi, teknologi komponen dan pengurusan sistem. “Microsoft AS applications server” perlu dipertimbangkan dengan syarikat-syarikat MTS transaksi dan COM. Ini bermakna kesemua pengurusan aplikasi dan “Middleware” akan dapat dibekalkan secara gabungan yang diintegrasikan oleh Microsoft. Bagi BEA pula, ia perlu untuk wewujudkan satu integrasi dan penyusunan semula jika ingin bersaing dengan Microsoft. Kebanyakan daripada hasil yang diperolehi oleh BEA ialah daripada satu produk iaitu Tuxedo merupakan “processing monitor” yang telah dibeli daripada Novell di mana ianya telah lebih daripada satu dekad. Apabila Microsoft melancarkan NT 5.0, Tuxedo dan pesaingnya M3 akan bersaing dalam pasaran TP menentang Microsoft Transactions Server. Microsoft Transaction Server merupakan produk yang dihasilkan oleh Microsoft yang berkemungkinan besar akan diberikan percuma dengan “operating system”.

Coleman, iaitu pengerusi BEA, percaya BEA mempunyai hanya tiga tahun sahaja untuk mengawal dan memonopoli pasaran “Middleware” ini jika BEA dapat lari daripada menjadi mangsa Microsoft dengan alasan pada tahun 2002 akan datang semua aplikasi baru akan dibangunkan menggunakan komponen teknologi asas dan dari sekarang hingga akan datang, syarikat akan memilih “tools” dan “architectures”. Jika BEA tidak diwujudkan oleh mereka, Microsoft mungkin mempunyai produk untuk bersaing. Jika cabaran BEA adalah hebat, pembekal lain akan menjadi lebih hebat. Dalam “Object Request Brokers” beberapa pembekal telah menyimpulkan bahawa gabungan teknikal dengan “monitor TP” dan persaingan dalam bidang pengawalan “architectures” akan menyebabkan kesusahan kepada mereka yang tidak komited. Seperti Digital Equipment, Sun, Hewlett-Pakard dan ICL antaranya telah menjual produk ORB. Ini menyebabkan Iona, pembekal Irish dalam teknologi “object request brokers” yang terlibat dalam penjualan ORB akan mendahului pembekal lain seperti Inprise iaitu yang membeli “Visigenic”dan Peer Logic. Coleman menyifatkan hanya ada sedikit harapan untuk syarikat syarikat ini untuk berjaya dalam pasaran.

KEBAIKAN INFRASTRUKTUR

Pembaikan dalam penyediaan infrastruktur, utiliti dan perkhidmatan pelupusan sisa adalah penting bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk Bandar Raya. Program-program mestilah diusahakan untuk menangani semua aspek penyediaan kemudahan termasuk kualiti perkhidmatan, penyelenggaraan, pengagihan keperluan yang mencukupi dan boleh dipercayai. Maklum balas orang ramai adalah kaedah paling berkesan bagi menilai tahap perkhidmatan infrastruktur, utiliti dan perkhidmatan pelupusan sisa. Oleh itu prosedur mestilah diperkenalkan bagi mudahkan mendapat maklum balas dan melibatkan orang ramai secara lebih aktif dalam meningkatkan persekitaran hidup. Aduan orang ramai akan dipantau dan DBKL akan sentiasa berhubung dengan syarikat konsesi utiliti terhadap pembaikan sistem serta perkhidmatan dan penyelenggaraan secara tetap.

Bagi memastikan infrastruktur, utiliti dan perkhidmatan pelupusan sisa disediakan tepat pada masa dan secara teratur, adalah penting bagi agensi-agensi berkenaan merancang pembangunan perkhidmatannya mengikut unjuran keperluan perancangan Bandar Raya. Bagi memudahkan proses ini dan membolehkan agensi-agensi berkaitan membuat unjuran keperluan dengan lebih tepat, satu pangkalan data guna tanah dan demografi untuk kegunaan bersama akan disediakan.

Perancangan infrastruktur dan utiliti kini dikendalikan oleh agensi-agensi swasta, setiap satunya melaksanakan pelan induk dan program masing-masing. Walau bagaimanapun, perancangan induk perkhidmatan infrastruktur perlu diselaraskan mengikut unjuran DBKL, perancangan guna tanah dan pembangunan masa hadapan. Dengan cara ini, peruntukan tanah boleh disediakan untuk menampung keperluan perkhidmatan tertentu seperti pemasangan utiliti utama, koridor saluran paip dan perparitan atau rizab-rizab pencegahan banjir.


PENGKOMPUTERAN MAYA DIMENSI BARU ICT


Kebiasaannya komputer yang kita gunakan adalah bertujuan untuk melakukan sesuatu fungsi tertentu yang mana penggunaan sistem pengoperasian seperti Windows atau Linux akan mengehadkan fungsi tersebut. Pada masa sama, hanya satu sistem pengoperasian sahaja yang boleh berfungsi dalam mengendalikan sesuatu tugasan tersebut. Kini dengan adanya teknologi pengkomputeran maya, sebuah komputer peribadi (PC) atau komputer pelayan dapat menjalankan beberapa sistem pengoperasian secara serentak dengan fungsi tugas yang berlainan bagi setiap sistem pengoperasian itu seperti untuk pelayan e-mel, pelayan web, pelayan fail, pelayan anti-virus dan lain-lain. Pengkomputeran maya membenarkan pengguna komputer mencapai proses-proses tertentu atau aplikasi - aplikasi perisian tertentu secara jarak jauh apabila ia diperlukan.Pengguna beroleh capaian tersebut menerusi teknologi Internet. Bagaimanapun, pengguna perlu mempertingkatkan keupayaan komputer peribadi yang digunakan dari segi kelajuan pemprosesan, saiz memori, saiz cakera keras dan lain - lain bagi mendapatkan hasil yang baik dalam penggunaan teknologi ini.Teknologi berorientasikan masa nyata ini mengandungi beberapa bahagian seperti sistem pengoperasian dan utiliti, tempat simpanan, memori, perisian dan sebagainya. Kini konsep pengkomputeran maya ini mula digunakan untuk tujuan peminjaman ruang atau tempat simpanan secara digital di dalam sesebuah komputer pelayan untuk simpanan data-data, perisian-perisian, sistem pengoperasian dan sistem utiliti.Kebanyakan syarikat korporat di dunia menggunakan kaedah ini untuk penjimatan kos dan ruang fizikal dalam merencana infrastruktur teknologi maklumat kerana dengan menggunakan sebuah komputer pelayan, ia dapat melarikan pelbagai kemudahan atau.Terdapat banyak syarikat-syarikat gergasi pembekal teknologi maklumat di dunia seperti Hewlett-Packard, IBM, Microsoft, Sun dan lain-lain menyediakan perkhidmatan pengkomputeran maya ini sama ada dari segi keperluan perisiannya atau perkakasannya. Penggunaan perisian-perisian pengkomputeran maya ini perlu dilihat dari segi kesesuaian perkakasan dan sistem komputer yang akan digunakan sebagai pelantarnya. Sumber-sumber bagi sebuah sistem komputer seperti keupayaan memori, cip pemprosesan dan kapasiti cakera keras perlu dikaji terlebih dahulu agar sistem komputer tersebut menyokong penggunaan perisian pengkomputeran maya ini. Sebagai contoh aplikasi Microsoft Virtual PC memerlukan sekurang-kurangnya kelajuan cip pemprosesan sebanyak 1 Ghz, 512 Mb kapasiti memorinya, 20 Mb ruang kosong di dalam cakera dan sistem pengoperasian Microsoft Windows XP. Selain daripada Microsoft Virtual PC, terdapat lagi beberapa perisian pengkomputeran maya yang berasaskan bisnes di pasaran seperti VMWare dan Parallels.Terdapat juga perisian-perisian pengkomputeran maya ini yang berasaskan sumber terbuka seperti Virtual Box, Qemu, FreeVPS dan Xen. Namun demikian Xen merupakan menyediakan penyelesaian secara sumber terbuka tetapi ia disokong oleh organisasi yang berasaskan keuntungan iaitu Xensource. Perisian Virtualbox boleh dimuat turun secara percuma di Virtual Box..

Terdapat pelbagai kelebihan dalam penggunaan pengkomputeran maya ini. Ia bergantung kepada reka bentuk, keperluan, kos dan persekitaran bagi sesebuah infrastruktur teknologi maklumat dalam sebuah organisasi. Di samping itu terdapat juga beberapa kelemahannya seperti menyebabkan masalah masa dan penggunaan pekerja yang mahir kerana sebuah komputer pelayan perlu melarikan banyak sistem pengoperasian dan aplikasi-aplikasi tertentu. Seterusnya isu keselamatan juga perlu dititikberatkan sama seperti situasi biasa dengan melakukan pengamatan dan sistem tembok api yang baik. Begitu juga masalah pelesenan terhadap aplikasi-aplikasi yang digunakan juga perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Namun demikian, hari ini dan masa yang akan mendatang penggunaan pengkomputeran maya ini bagi infrastruktur teknologi maklumat semakin penting dan popular digunakan di kalangan syarikat-syarikat korporat yang besar. Kajian juga dibuat dengan penggabungan teknologi pengkomputeran grid bagi meningkatkan lagi prestasi penggunaan sumber-sumber yang ada di dalam komputer. Perancangan yang strategik dan bestari dalam merangka penggunaannya dalam infrastruktur teknologi maklumat amat penting agar ia dapat memberi pulangan yang baik kepada syarikat atau penggunaannya.

KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN MASA KINI

Untuk mencapai perubahan ketahap yang boleh dianggap berjaya, ia perlu penstrukturan yang lengkap dan hendaklah dipraktikkan. Tidak hairanlah dikebanyakkan negara-negara membangun di dunia, guru-guru sekolah tersebut lazimnya telah menggunakan komputer dalam bilik darjah sebagai “Alat Bantu Mengajar”. Namun begitu, bagi negara sedang
membangun seperti Malaysia tidak juga jauh ketinggalan. Malaysia telah memperkenalkan komputer di sekolah-sekolah keseluruh negara beberapa tahun lepas dan dijangka pada tahun 2010 semua sekolah di negara ini akan menerapkan pembelajaran berkonsepkan sekolah “Bistari”, di mana pengajaran dan pembelajarannya berteraskan IT dan ICT.

“Menjadikan “Sekolah Bistari” adalah merupakan perancangan yang telah dirancang dalam sistem pendidikan negara kita. Sekolah Bistari akan diperkenalkan keseluruh negara, bukan hanya untuk keperluan Multimedia Super Corridor (MSC) atau Koridor Raya Multimedia, tetapi untuk keperluan generasi Malaysia akan datang, supaya menjadi lebih kreatif dan inovatif selaras dengan perkembangan teknologi terkini dan mampu mngikuti perkembangan teknologi globalisasi yang semakin pesat” Dato’ Sri Najib Tun Hj. Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia (MSC, 1997) Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL, 2002

Di Malaysia, sekolah Bistari tidak hanya dikategorikan sebagai kaedah pengenalan kepada sistem pengajaran dan pembelajaran teknologi terkini yang dianggap sebagai masih baru, tetapi ianya lebih kepada memperkenalkan bagaimana kaedah dan sistem pengajaran dan pembelajaran tersebut dilaksanakan seoptimum mungkin. Antara matlamat sekolah Bistari juga, ingin menjadikan salah sebuah sekolah sebagai keperluan masyarakat yang boleh menjana minda tenaga kerja masa akan datang dengan berkonsepkan kaedah pembelajaran terkini yang berdaya saing.

KEMUDAHAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Maktab Perguruan Batu Lintang (MPBL) merupakan di antara institusi yang terawal melatih bakal-bakal guru dalam pelbagai jurusan pengkhususan. Justeru itu dalam perkembangan dunia IT masa kini, maktab ini juga mempunyai peranan penting
mengeluarkan guru-guru yang berkebolehan dan berkemahiran dalam IT dan ICT. Di samping melatih bakal guru, maktab ini juga melatih guru-guru terlatih khususnya dalam bidang IT dan ICT, melalui program Kursus Dalam Perkhidmatan atau pun dikenali sebagai kursus-kursus pendek. Guru-guru berkenaan datang dari sekolah-sekolah yang dipilih ataupun secara memohon. Secara lazim, guru-guru akan dipakejkan secara kursus khas sekolah Bistari 14 minggu atau kursus pendek hujung minggu. Secara menyeluruh kursus tersebut menerapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran berteraskan IT dan ICT.
Selaras dengan matlamat utama, untuk membudayakan pelatih-pelatih dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang bersekitarkan bidang IT dan ICT, pihak MPBL telah menyedia dan memperuntukan ifrastruktur tambahan, dengan meyediakan 3 bilik makmal Komputer, 2 bilik Multimedia dan sebuah bilik pembelajaran Bistari, yang keseluruhannya dilengkapai dengan talian Internet melalui rangkaian LAN. Walaupun keistimewaan telah tersedia dengan selengkapnya, namun terdapat penyalahgunaan perkhidmatan Internet oleh pelatih-pelatih MPBL telah dikesan. Sebilangan besar mereka menggunakan Internet hanya untuk hiburan dan interaksi antara satu sama lain, disamping sebahagian kecil menganggap berhubung menggunakan e-mail adalah yang terbaik, cepat dan murah. Sebenarnya melalui perkhidmatan Internet juga, pelanggan boleh mendapatkan bahan-bahan, artikel-artikel, gambar-gambar dan ‘software’ dengan mudah dari syarikat-syarikat dan individu yang tersenarai didalam perkhidmatan Internet.

Selain itu pengumpulan maklumat, pendidikan
dan sebagainya, sangat banyak dan luas boleh diperolehi dengan hanya ‘mengklik’ tetikus pada setiap komputer masing-masing. Ada juga kebanyakan pelatih-pelatih hanya menghabiskan masa untuk melanggani dan melayari iklan-iklan dan berita-berita bergambar yang tidak berkaitan dengan bidang pendidikan, yang dianggapnya lebih menarik. Ini menyebabkan konsep IT sebagai ICT seringkali tidak berfungsi dengan sebaiknya disebabkan gejala-gejala demikian. Ekoran dengan gejala-gejala sedemikian, Naib Censelor UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak) Prof. Dato’ Zawawi Ismail, dalam UNIMAS Infoserv telah mengingatkan warga kampus supaya mengunakan kemudahan Internet dengan fikiran yang lebih matang dan bertanggungjawab sebagai seorang yang terpelajar. Beliau menambah lagi, ada juga pelanggan yang tidak menghormati arahan yang diberi dalam bahagian-bahagian tertentu ketika melayari Intrnet, khususnya dalam Centre for Academic Information Service (CAIS) perkara ini sering berlaku (UNIMAS Infosery 5,1997).

Dalam era pendidikan pula, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang untuk menerapkan IT (Information Technology) atau TM (Teknologi Maklumat), selaras dengan perkembangan ICT (Information Comunication Technology) atau Teknologi
Informasi dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah Bistari menjelang tahun 2010. Masa kini terdapat 7,000 buah sekolah rendah dan 1,500 buah sekolah menengah di Malaysia. Dari jumlah tersebut 90 buah sekolah telah dipilih sebagai sekolah printis Sekolah Bistari pada tahun pada Januari 1999. Pada tahun 2000, jumlahnya meningkat 500 buah sekolah dengan penglibatan sejumlah 300,000 pelajar kearah pembelajaran Bistari. Pada tahun 2010, semua sekolah di negara ini yang berjumlah 10,000 buah sekolah akan terlibat sebagai sekolah Bistari. Ini bermakna 8.5juta pelajar dan 450,000 orang guru akan terlibat (MSC,1997).

Dalam proses menjayakan peralihan ‘pembelajaran tradisi’ kepada ‘pembelajaran yang berteraskan IT dan ICT’, kejayaannya sebenarnya bergantung kepada sejauh mana pengendalian, penerimaan dan penggunaan sumber IT dan ICT itu sendiri di sekolah tersebut, yang mana berkait rapat masalah kedudukan atau persekitaran sekolah dan peranan serta inisiatif peringkat kerajaan dalam melaksanakan kejayaan perancangan tersebut. Sehubungan itu, Menteri Pendidikan ketika itu dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad telah melancarkan “TM School On-Line (1997). Melelui TM On-Line pelajar dapat belajar berintratif (interaksi) antara satu sama lain dan berguna untuk mencari maklumat dalam pembelajaran masing-masing. Disamping itu khidmat nasihat dan kepakaran pula diberi secara percuma oleh pihak berkenaan.

Ekoran dengan itu, institusi pengajian tinggi juga pada masa yang sama tidak mahu ketinggalan dalam bidang IT dan ICT. Umpamanya, UTM (Universiti Teknologi Malaysia) telah melabur sebanyak RM 10 juta untuk menyediakan infrastruktur berkenaan, termasuk dengan menghubungkan taliannya kepada kakitangan, pelajar, perbendaharaan dan pendaftar, bertujuan untuk melicinkan pentadbirannya keera Berteknologi Maklumat’. Melalui kemudahan tersebut pelajar-pelajar pula boleh menyambong rangkaian talian Internet di komputer masing-masing untuk belajar berkonsepkan ICT. Secara langsung universiti tersebut telah cuba untuk menjadikan kampus-cyber, di mana pelajar-pelajar boleh memperolehi pelbagai kemudahan perkhidmatan, termasuk kuliah melalui via video-conferencing (Nur Aida. 1998).

Dalam pada itu, Mohamad Salmi Mohd. Sohod, merupakan pengarah projek KUB Malaysia Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) - salah satu universiti swasta yang terawal di Malaysia menggunakan kemudahan IT, pernah menyebut pembelajaran sebenar berkonsepkan ICT yang diperkenalkan mungkin sebagai satu perubahan pradigma bagi kebanyakan warganegara Malaysia, tetapi bagi sesebuah universiti yang unggul yang mengamalkan konsep ini, ianya akan menjadi sumber kemahiran yang diperlukan sealiran kemajuan pengetahuan semasa dan terkini (Computimes, 1998). Secara khususnya, perkembangan UNITAR dibantu oleh Perbadanan Aplikasi Sains Antarabangsa (PASA). PASA adalah sebuah badan yang terbesar dalam mengendalikan penyelidikan dan kejuruteraan yang mana telah mengikat kontrak dengan KUB Malaysia dalam hal berkenaan. KUB Malaysia merupakan salah sebuah badan Koperat dan Koperasi Perdagangan terbesar di Malaysia.

Pembelajaran di UNITAR ketika itu pula, sudah banyak menerapkan kaedah pendidikan secara berkonsepkan pembelajaran jarak jauh, ia itu berasaskan pengajaran dan pembelajaran secara dua hala yang berteraskan Information Comunication Technology (ICT) . Pada awal penubuhannya, system pembelajaran di UNITAR banyak berteraskan pembelajaran secara kuliah di bilik kuliah, kaedah rakaman video dan mengunakan aplikasi secara terus menggunakan ‘software’. Namun begitu dengan adanya ICT, pelajar dapat menikmati pembelajaran dengan lebih terkini dan bermakna, disamping dapat mengaplikasi kemahiran ICT sebagaimana yang sepatutnya. Melalui kecanggihan dan kemajuan teknologi, tidak dapat dinafikan , rata-rata para cerdik pandai dan cendikiawan begitu menghargai IT dan ICT, terutamanya perkhidmatan kemudahan Internet.

Apa yang menjadi persoalannya, “Bagaimana Internet itu digunakan oleh pelajar dengan sebaik-baiknya”. Sejajar dengan perkembangan semasa IT dan ICT di institusi pengajian tinggi, Maktab Perguruan Batu Lintang (MPBL) sebagai maktab terunggul di negeri Sarawak dan di Malaysia khasnya, juga tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan tersebut. Talian LAN (Local Area Networks) adalah talian yang menghubungkan semua komputer di maktab ini kepada komputer peribadi, makmal-makmal komputer, bilik Bistari, perpustakaan, jabatan-jabatan, unit-unit dan pejabat pentadbiran. Ia ditubuhkan pada Mei 1998 dengan peruntukan kira-kira RM 100,000 hasil sumbangan kerajaan Negeri Sarawak, sempena sambutan Jubli Emas MPBL Ke-50. Sementara selebihnya hasil peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Pelanggan MPBL bukan sahaja boleh mendapatkan maklumat dalaman maktab melalui LamamWeb dan ‘Intranet’ MPBL tetapi boleh juga melayari Internet.

Secara langsung pelatih-pelatih MPBL dapat melayari dan melanggani Internet dengan mudah sebagai alat pembelajaran bertkonsepkan ICT lain. Disamping itu pelatih-pelatih menggunakan komputer untuk pelbagai kegunaan pengajaran dan pembelajaran yang dijadualkan dan ditetapkan dalam sukatan pelajaran dalam pengkhususan masing-masing. Selaras saranan kerajaan untuk membudayakan rakyat Malaysia celik IT, dan sebagai penjana dalam kehidupan masa kini dalam semua aspek urusan dan pentadbiran, diikuti pula dengan permintaan yang tinggi oleh pelanggan Internet, maka kerajaan telah menubuhkan dan melancarkan saluran ‘Internet Kedua’. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Leo Moggie, Menteri Telekomunikasi Malaysia pada 27 April 2001. Sebagai negara yang sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan rakyat dalam dunia IT berteraskan ICT dan tren masa kini juga masa hadapan, sudah pasti pelancaran dan penubuhan itu amat dialu-alukan semua warganegara Malaysia.


BIBLIOGRAFI
Ambron, S & Hooper, K. (Eds), (1988). Interactive Multimedia Redmont, WA:
Microsoft.
Butler, K.D. (1995). A users and gratifications study of the Internet. (CD-ROM).Abstract
from: ProQuest File: Dissetation Abstract Item: AAC 1375675
UNIMAS Infoserv5 (1997), Available: http://unimas.my/html/infoserv5,html
Cuban, L, (1996). Teachers and Machines; The classroom use of technology since 1920.
New York: Teachers’ College Press
Hughes, S. (1997). The lost generation ? The lack of competence in using information
technology amongst postgraduate students of English initial teacher education.
Jurnal of Information Technology for Teachers Education, 6,2, 185-204
http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/2002/hajiman.PDF
www.sepaku.net/isu-semasa.../12875-pengkomputeran-maya-dimensi-baru-ict.html


Thursday, September 10, 2009

KOMUNIKASI

Teknologi dan Pemodenan Komunikasi

Pengenalan

Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan selepas arus permodenan. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama.


Kemajuan teknologi yang dicapai manusia zaman ini memang sangat mengagumkan. Tetapi sekali gus juga membingungkan. Malah membimbangkan. Pada peringkat dunia sejagat kita bimbang (dan gerun!) dengan kemajuan yang dicapai manusia di bidang teknologi senjata. Dan pada peringkat yang lebih mikro di samping merasa sangat selesa dengan kemajuan teknologi komunikasi kita juga merasa sangat resah dengan kesan-kesan sampingannya yang mengancam nilai-nilai kemanusiaan.Komputer peribadi, terutama yang mempunyai kemudahan internet, umpamanya, adalah antara alat teknologi komunikasi yang selama ini sering disebut-sebut sebagai sangat berguna untuk pelbagai keperluan seperti untuk menerima, mengirim dan merakamkan maklumat. Tetapi dalam pada itu kita juga merasa resah kerana alat tersebut juga telah menjadi satu saluran bahan-bahan lucah dan juga telah disalahgunakan untuk tujuan-tujuan maksiat dan kemudahan perjudian. Dan lebih merunsingkan ialah bahan-bahan lucah itu ada kalanya terpancar di layar komputer secara automatik sebaik sahaja kita membuka komputer. Ertinya bahan-bahan itu ``dipaksakan'' kepada kita walaupun kita tidak bermaksud untuk melihatnya terpancar di layar komputer.Tetapi ada lagi satu alat baru yang lebih merunsingkan - model terbaru telefon mudah alih - dan dipercayai telah meningkatkan risiko penganiayaan terhadap kanak-kanak seperti pelacuran dan rogol. Alat baru itu dipanggil 3G yang dianggap sebagai generasi ketiga telefon bimbit yang jauh lebih maju daripada dua ``generasi'' sebelumnya. Generasi pertama telefon mudah alih itu dipanggil sebagai selular analog dan generasi kedua dikenal sebagai perkhidmatan komunikasi peribadi digital (PCS). Sebagai generasi ketiga tentu sahaja 3G lebih canggih, lebih efektif dan lebih tinggi daya terima serta daya kirimnya. 3G boleh berfungsi di tempat-tempat jauh terpencil yang tidak terjangkau oleh liputan generasi pertama dan PCS. Tetapi lebih dari itu 3G juga boleh berfungsi sebagai internet dan malah juga sebagai pemancar dan penerima gambar seperti televisyen. Ertinya seseorang yang berkomunikasi menggunakan 3G boleh melihat gambar atau imej orang yang dilawannya bercakap itu walaupun dalam jarak ratusan batu.Semua itu telah menyebabkan kumpulan-kumpulan yang prihatin, khususnya United Kingdom (UK) Children's Charity (NCH) merasa bimbang tentang kes-kes penyalahgunaan. Dari perbualan dengan Cik Cynthia Peterson, seorang wartawan/penulis yang mempunyai minat khusus terhadap teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), saya difahamkan bahawa kumpulan prihatin NCH itu mendapati bahawa kemudahan internet (dan ini sendirinya termasuk telefon bimbit 3G) telah menyumbangkan kepada peningkatan jenayah dan penganiayaan terhadap kanak-kanak.Kemudahan mendapatkan telefon mudah alih 3G itu telah memudahkan pula remaja-remaja di bawah umur 18 tahun untuk mencapai laman-laman web lucah dan perjudian di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Manakala di Jepun, menurut maklumat yang diperoleh Cynthia, 90 peratus daripada kanak-kanak yang terlibat dalam pelacuran, memiliki telefon mudah alih 3G.Kegawatan masalah ini di UK telah mendorong kumpulan-kumpulan pelindung kanak-kanak mendesak syarikat-syarikat yang terlibat dengan pengeluaran, pengedaran dan pengendalian 3G itu supaya mengambil langkah-langkah yang berkesan menghalang remaja-remaja di bawah umur 18 tahun daripada mencapai lelaman lucah dan berunsur jenayah tersebut. Di Malaysia setakat ini belumlah ada perangkaan yang didedahkan oleh mana-mana pihak yang mengaitkan Internet atau alat-alat komunikasi berinternet dengan kadar jenayah terhadap kanak-kanak. Dan setakat ini belumlah wujud kumpulan-kumpulan prihatin seperti di UK yang memberi perhatian terhadap masalah ini. Tetapi pada peringkat perseorangan, atau dalam bentuk yang belum tersusun dan tidak berkumpulan, rasa bimbang dan keresahan sudah semakin meluas di kalangan pelbagai pihak termasuk ibu bapa, para pendidik, penggubal dasar dan penguat kuasa. Begitu kesedaran (keprihatinan dan kebimbangan) juga telah semakin dirasakan oleh pihak berkuasa terutama Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia (KTKM) sebagai salah satu agensi utama kerajaan yang bertanggungjawab secara langsung terhadap hal ehwal ICT.Berbangkit daripada kesedaran itulah, barangkali, maka KTKM telah menganjurkan satu pertemuan sumbang saran Sabtu lalu. Pertemuan tersebut telah dihadiri oleh pelbagai pihak termasuk ahli-ahli akademik dan para wartawan, pihak industri dan pengedar serta wakil-wakil agensi kerajaan yang berkenaan. Persoalan utama yang jadi pokok perbincangan ialah bagaimana kesan-kesan negatif 3G itu nanti dapat dicegah atau diminimumkan.

KESAN BAIK DAN BURUK TEKNOLOGI DAN PEMODENAN KOMUNIKASI

Secara umumnya, teknologi boleh ditakrifkan sebagai aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi manusia dalam kehidupan seharian, sejarah penggunaan teknologi bermula pada zaman pra-sejarah dimana manusia menjumpai atau mendapat tahu cara menghidupkan api untuk memasak makanan mereka serta kewujudan roda bagi tujuan untuk memudahkan perjalanan mereka.

Menurut Mcluhan, perkembangan teknologi telah mengubah dunia contohnya melalui perkembangan seperti kemudahan satelit, beliau berkeyakinan bahawa perkembangan teknologi komunikasi yang pantas akan menyediakan warga dunia dengan maklumat mengenai sesuatu kejadian di dunia dengan pantas, cekap dan tepat. Ianya diklasifikasikan sebagai perubahan yang berlaku dari suatu masa kepada suatu masa yang lain untuk tujuan penambahbaikan. Ia berupaya untuk melepaskan ataupun menundukkan kuasa yang datang dari masa lampau, perubahan yang berlaku (pemodenan) telah melahirkan kerajaan yang mengamalkan sistem kapitalisme. Secara ringkasnya selepas revolusi Perancis, teknologi dapat dilihat sebagai satu ciri teras budaya pemodenan. Disamping itu budaya modenis dianggap sebagai intipati kemajuan.

Setiap negara yang terdapat di dunia ini sentiasa berlumba – lumba untuk meningkatkan lagi tahap teknologi dan permodenan negara masing – masing. Bagi Malaysia, kita sering berusaha untuk mengarusperdanakan teknologi dan pemodenan dari masa ke semasa. Menurut Tun Dr. Mahathir iaitu bapa pemodenan Malaysia, rakyat Malaysia sekarang sudah mampu untuk menghadapi penerimaan teknologi dan pemodenan yang semakin canggih. Masyarakat sekarang ini terutamanya di negara Malaysia mampu untuk menggunakan teknologi dan permodenan yang sedia ada malah kebanyakkannya menggunakannya dalam kehidupan harian mereka. Seperti yang dapat kita lihat, teknologi komunikasi pada masyarakat Malaysia dahulu agak sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Tetapi lain halnya pada masa kini dengan perkembangan teknologi komunikasi seperti internet, skype, persidangan video, masyarakat kini pantas untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan ini.

Dewasa ini, walaupun Malaysia telah mencapai tahap Negara membangun tetapi masih lagi wujud masyarakat pinggiran yang masih lagi ketinggalan dan kurang pendedahan tentang teknologi maklumat. Golongan yang mendominasi teknologi adalah terdiri dari mereka yang mempunyai tahap intelektual tinggi. Antaranya mereka yang dari golongan professional, pelajar, penjawat tinggi dan sebagainya. Golongan urban telah terdedah dengan teknologi sejak dari kecil lagi maka penggunaan teknologi bagi mereka adalah sangat penting dalam aktiviti seharian sehinggakan mereka tidak dapat lari darinya. Dengan penggunaan teknologi, kesenangan dan kelapangan mudah dirasai. Namun berbeza bagi golongan pinggiran di mana mereka sering dieksploitasi oleh keadaan yang menyebabkan mereka makin terpinggir dari teknologi. Apabila teknologi komunikasi wujud kuasa pusat menguasai kesedaran masyarakat pinggiran. Ini sebenarnya, akan menigkatkan jurang diantara masyarakat Bandar dan pinggiran.

Keburukan yang kedua ialah wujudnya maklumat tanpa sempadan. Ini dapat dilihat di dalam bidang penyebaran maklumat di mana negara-negara besar seperti Amerika akan dapat menyebarkan dakyah-dakyah atau khabar angin tentang keburukan sebuah negara yang ternyata tidak benar. Di sini, negara yang menguasai teknologi itulah yang mempunyai kuasa besar untuk menyebarkan maklumat-maklumat yang dimilikinya.

Bagi masyarakat di Malaysia pula, komunikasi telah membawa semua masyarakat di Malaysia untuk berhubung diantara satu sama lain dengan lebih mudah. Contohnya dengan terdapatnya komunikasi telefon, penggunaan internet, telah membuatkan masyarakat lebih peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling dengan lebih cekap. Penggunaan komunikasi telefon dan internet boleh memudahkan lagi dari segi menghantar maklumat-maklumat penting kepada seseorang walaupun beliau berada di tempat yang jauh. Bagi sesetengah masyarakat pula, dengan adanya komunikasi yang lebih moden telah memberi impak yang buruk terhadap golongan ini seperti mereka menyalahgunakan teknologi komunikasi ini dengan perkara-perkara yang tidak elok seperti penggunaan internet dimana masyarakat ini menggunakannya untuk kepentingan peribadi dan untuk menjatuhkan maruah seseorang, disamping itu teknologi komunikasi yang lebih membangun secara tidak langsung membawa kepada keburukan seperti pengaruh budaya luar yang boleh memburukkan lagi budaya masyarakat kita yang sedia ada.

Penggunaan teknologi komunikasi ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan dan ianya bergantung kepada individu itu sendiri tentang bagaimana ianya hendak mengadaptasikan teknologi komunikasi ini kepada dirinya.Oleh itu kita mestilah menggunakan kemudahan yang ada untuk membangunkan negara dan menggunakannya untuk kebaikan sahaja kerana ianya boleh membawa kepada keburukan dan boleh merosakkan diri kita serta perkembangan ekonomi negara dan terpulang kepada kita bagaimana kita hendak mencorakkan teknologi komunikasi itu supaya menjadi lebih baik dan untuk kesenangan kita di masa hadapan.


Internet & komunikasi

‘Internet’ adalah merupakan alat yang sangat “sinonim” atau berkait rapat dengan keperluan pelajar-pelajar yang sedemikian, yang lebih menjurus kepada mencorak dan menjana minda selaras dengan perkembangan dunia masa kini. Disamping itu juga, ia boleh memberi pengalaman kepada pelajar supaya turut serta dalam pembelajaran secara terus dan pantas dengan dunia luar. Dengan itu pelajar-pelajar secara langsung, bukan sahaja tahu menggunakan teknologi berkenaan melalui bacaan dan tulisan yang terpapar dilayarnya tetapi tahu bagaimana menggunakannya untuk mendapatkan sumber maklumat yang pelbagai menerusi perkhidmatan yang ditawarkannya. Doyle (1992)

Dalam era globalisasi yang berteknologi maklumat (IT), Internet merupakan salah satu penyalur pelbagai sumber maklumat kepada rangkaian komputer di seluruh dunia, melalui kemudahan sistem rangkaian secara terus. Justeru itu, World Wide Web (WWW), mengharapkan Internet supaya sekolah dan institutsi-institusi pengajian dapat memperbanyakkan “LamanWeb”nya. “LamanWeb” sedemikian bukan sahaja boleh berguna untuk pelanggan berinteraksi di antara satu sama lain, tetapi juga berguna untuk dijadikan bahan dalam penyediaan ”hardware” dan “software”.

Di samping itu, sumber-sumber lain dari seluruh dunia yang dapat dirangkaikan bersama, dapat menjadi penyumbang dalam membantu menambahkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Tidak hairanlah dengan teknologi terkini yang semakin maju, generasi akan datang dan masa kini telah boleh melayari LamanWeb berteknologi “3 Demesi”, di mana “sofware” yang dipanggil “Virtual Reality Markup Language (VRML)”digunakan. “Software” ini diambil melalui program yang boleh disambungkan kepada LamanWeb ke Layar Utama dari Pengkalan Data (Data Base) dan rangkaian utama - kampus. Hutchinson (1996) percaya LamanWeb sedemikian boleh menjadikan sesebuah institusi dalam situasi yang sebenar dan dapat memperkenalkan institusi atau sekolah tersebut dalam “Cyberspace” (Duniasiber).

Teknologi maklumat & komunikasi

Seorang pekerja atau warganegara di abad ke-21 ini amat memerlukan kemahiran yang lebih kompleks dan terperinci selain perlu pengetahuan asas dibidang bacaan, penulisan dan kira mengira. Kemahiran membaca, menulis serta mengira menggunakan kaedah yang lama atau tradisi hendaklah diselaraskan dengan latihan komunikasi masa kini, termasuk dalam kemahiran mengkritik (berfkir secara kritis), kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesai masalah. (Costa, 1985).

Kemudahan teknologi yang terdapat di rangkaian teknologi maklumat, sistem telekomunikasi dan pengkalan data (data base) membolehkan segala maklumat diperolehi

dengan begitu cepat, mudah, pantas dan terkini. Walau bagaimana pun, ia bergantung kepada sejauh manakah kita, dapat mengenal pasti maklumat tersebut dalam WWW (World Wide Web), bagaimana ia diperolehi, dan bila seharusnya ia patut digunakan? Bagi mereka yang ingin memperluaskan pengetahuan, Internet adalah pilihan yang tepat buat masa kini. Seandainya kita yakin yang maklumat itu sebagai penyalur pengetahuan, kemudian dapat menjadi penghubungkan antara manusia sejagat setiap masa dengan pelbagai rangkaian dan pengkalan data, maka ianya sudah tentu menjadi jalan penentu bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing (McLain & DiStefano, 1995).

Melalui perhubungan Internet, Malaysia telah berjaya di kenali dunia. Jaring (Joint Advanced Research Intergrated Networking) umpamanya, merupakan salah satu agensi teknologi maklumat yang di pertanggungjawabkan oleh kerajaan Malaysia sebagai penyalur segala maklumat untuk negara ini. Ia dipunyai sepenuhnya oleh Malaysian Institute of Microelectronics System (MIMOS), sementara operasinya dikendalikan bersama dengan Telekom Malaysia. Kemudahan infrastuktur Telekom yang sedia ada, memudahkan lagi operasi tersebut berjalan dengan lancar. Ekoran itu menurut statistic (Information Technology, 1997), jumlah pelanggan Jaring telah meningkat kira-kira 20 peratus sebulan, menjadikan kira-kira 100,000 pelanggan dalam masa yang singkat dengan lebih 3,500 pengguna pelbagai pertubuhan.

Baru-baru ini Telekom Malaysia telah bersetuju meluluskan untuk mengadakan perkhidmatan talian Internet kedua seluruh negara. Di samping itu Telekom Malaysia mempunyai sasaran tersendiri untuk mendapatkan pelanggan sekurang-kurangnya 250,000 pelanggan pada tahun 1998 ketika itu. Akhirnya, Telekom telah mendapat kira-kira 35,000 pelanggan yang diluar jangkaan dalam masa yang begitu singkat, selepas beberapa tahun pelancarannya.

Dalam era pendidikan pula, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang untuk menerapkan IT (Information Technology) atau TM (Teknologi Maklumat), selaras dengan perkembangan ICT (Information Comunication Technology) atau Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah Bistari menjelang tahun 2010. Masa kini terdapat 7,000 buah sekolah rendah dan 1,500 buah sekolah menengah di Malaysia.

Dari jumlah tersebut 90 buah sekolah telah dipilihsebagai sekolah printis Sekolah Bistari pada tahun pada Januari 1999. Pada tahun 2000,jumlahnya meningkat 500 buah sekolah dengan penglibatan sejumlah 300,000 pelajar kearah pembelajaran Bistari. Pada tahun 2010, semua sekolah di negara ini yang berjumlah 10,000 buah sekolah akan terlibat sebagai sekolah Bistari. Ini bermakna 8.5juta pelajar dan 450,000 orang guru akan terlibat (MSC,1997).

Penutup

Di era hidupan zaman ‘IT’ dan ‘Globalisasi’ masyarakat seharusnya sentiasa menjurus dan peka dengan apa yang dikatakan “Information Society” (Masyarakat Yang Berteknologi). Jika tidak, kelompok masyarakat itu akan dalam keadaan yang sentiasa dalam ketinggalan dan terpinggir dengan pengetahuan tersebut. Sehubungan itu, masyarakat perlu mengikuti perkembangan tersebut. Selaras dengan konsep demikian Internet adalah sumber penting sebagai penyalur media terkini dalam ICT dan yang tidak asing lagi dikalangan semua pengguna komputer. Namun begitu, dari sumber mana dan bagaimana ianya difungsikan oleh pelanggan-pelanggannya, itu terpulang kepada pelanggan-pelanggan itu sendiri. Ada yang menggunakan secara positif sebagai media pengajaran dan pembelajaran, sebagai ICT, juga tidak kurang yang menggunakan perkhidmatan Internet secara negatif menjadikan ia kepada penyalur atau sumber. keburukan.

BIBLIOGRAFI

Ambron, S & Hooper, K. (Eds), (1988). Interactive Multimedia Redmont, WA:

Microsoft.

Butler, K.D. (1995). A users and gratifications study of the Internet. (CD-ROM).Abstract

from: ProQuest File: Dissetation Abstract Item: AAC 1375675

UNIMAS Infoserv5 (1997), Available: http://unimas.my/html/infoserv5,html

Cuban, L, (1996). Teachers and Machines; The classroom use of technology since 1920.

New York: Teachers’ College Press

Hughes, S. (1997). The lost generation ? The lack of competence in using information

technology amongst postgraduate students of English initial teacher education.

Jurnal of Information Technology for Teachers Education, 6,2, 185-204

http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/2002/hajiman.PDF


Komunikasi Efektif

Cara Komunikasi Yang Efektif (The 5 Inevitable Laws of Efffective Communication) yang merangkumi dalam satu kata yang mencerminkan satu perkataan dari komunikasi iaitu REACH (Respect, Empathy, Audible, Clarity, Humble). Cara komunikasi efektif dalam konteks dan sebagai kaedah bagi kita untuk mengembangkan kemampuan bercakap di hadapan audiens.

Cara pertama dalam berkomunikasi secara efektif, khususnya dalam bercakap di depan publik adalah respect iaitu sikap hormat dan sikap menghargai terhadap khalayak atau hadirin. Hal ini merupakan cara yang pertama dalam kita berkomunikasi dengan orang lain, termasuk berbicara di depan publik. Kita harus memiliki sikap (attitude) menghormati dan menghargai hadirin kita. Kita harus ingat bahawa pada prinsipnya manusia ingin dihargai dan dianggap penting.

Cara kedua adalah Empathy , iaitu kemampuan kita untuk menempatkan diri kita pada situasi atau keadaan yang dihadapi oleh orang lain. Kemampuan akan membantu kita untuk dapat menyampaikan pesanan (message) dengan cara dan sikap yang akan memudahkan penerima pesanan (receiver) menerimanya. Oleh sebab itu, dalam bercakap di hadapan publik, kita harus terlebih dahulu memahami latar belakang, golongan, lapisan sosial, peringkat umur, pendidikan, minat, harapan dan sebagainya dari publik (audiences) kita. Jadi sebelum kita membangunkan komunikasi atau mengirimkan pesanan, kita memerlukan publik yang menerima mesej kita. Supaya tiada halangan psikologis atau penolakan dari penerima mesej. Komunikasi yang efektif adalah hasil dari komunikasi dua hala. Komunikasi satu arah tidak efektif malah penggunaan jenis komunikasi ini tidak dapat memberi maklumbalas (feedback) dari penerima mesej.

Cara ketiga adalah audible iaitu dapat didengarkan atau difahami dengan baik. Audible dalam hal ini bermaksud mesej yang kita sampaikan dapat diterima oleh penerima mesej. Mesej harus disampaikan melalui medium atau saluran penerimaan yang dapat diterima dengan baik oleh penerima mesej. Penggunaan pelbagai media dan perlengkapan atau alat bantu audio visual yang akan membantu kita agar mesej yang kita sampaikan dapat diterima dengan baik.

Clarity iaitu cara ke empat digambarkan sebagai kejelasan dari mesej yang kita sampaikan. Selain mesej harus dapat diterima dengan baik, kejelasan dari mesej itu sendiri sehingga tidak menimbulkan multi interpretasi atau berbagai penafsiran yang berlainan. Clarity juga sangat bergantung kepada kualiti suara dan bahasa yang kita gunakan. Penggunaan bahasa yang tidak difahami oleh publik akan akan memberi kesan kepada persembahan dan tidak dapat mencapai tujuannya.

Cara kelima dalam komunikasi yang efektif adalah humble iaitu sikap rendah hati. Sikap ini merupakan unsur yang berkait dengan cara pertama untuk membangun rasa menghargai orang lain, biasanya didasari oleh sikap rendah hati yang kita miliki. Kerendahan hati juga bererti tidak sombong dan menganggap diri penting ketika kita berbicara di hadapan publik. Cara komunikasi tersebut sangat penting untuk menjadi dasar dalam melakukan persembahan di hadapan publik.

Bibliografi

Witzany, Guenther. “The Logos of the Bios 2. Bio-communication. Umweb, Helsinki (2007). [1] Dance, Frank. “The ‘concept’ of communication. Journal of Communication, 20, 201-210 (1970). [2] Witzany, Guenther. “The Logos of the Bios 2. Bio-communication. Umweb, Helsinki (2007).