CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 29, 2009

PENDIDIKAN

WUJUDNYA KETIDAKSAMAAN SOSIAL

Teori masyarakat moden telah menekankan cara-cara di mana proses modenisasi telah mengurangkan bentuk dan kelainan sosial yang rigid dalam masyarakat tradisi. Namun modeniti hanya akan merubah komponen masyarakat yang mampu memanfaatkan kemajuan teknologi akan terus berkembang maju dan taraf hidup mereka semakin meningkat. Sementara komponen masyarakat yang tidak mampu akan terus ketinggalan dan taraf hidup semakin menurun berbanding mereka yang berkemampuan. Secara umumnya, modenisasi juga amat berkait rapat dengan proses industrialisasi. Menurut Apter (1965) industrialisasi adalah satu aspek istimewa tentang modenisasi. Sesuatu negara itu boleh berusaha untuk menjadi moden tanpa industrial. Bagi tetapi negara tersebut tidak boleh berindustrilisasi tanpa modenisasi.
PAPERLESS GOVERNMENT
Paperless Government adalah satu keadaan di mana segala urusan di jalankan secara praktikal tanpa penggunaan kertas sebagai bahan perantaraan. Malah, salah sebuah kilang di Selayang telah mempraktiskan kaedah ini. Paperless government juga cuba di laksanakan di dalam institusi-institusi pendidikan. Di mana para pelajar cuma membawalaptop ke sekolah. Sementara segala data akan dipaparkan di skrin sahaja. Maka, amalan beg berat kerana terlalu banyak buku teks tidak wujud.
PERUBAHAN DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN
Sebelum ini iaitu dalam tahun 1970an dan 1980an, sukatan pelajaran di Malaysia lebih menitikberatkan agama dan sastera. Namun setelah berlakunya perkembangan pesat teknologi pelbagai tingkat kemahiran teknikal di bawa ke sekolah dan terdapat pendidikan yang lain sebagai sukatan (syllabus) yang baru. Ini lebih dikenali sebagai sekolah teknikal dan vokasional. Pendedahan pelajar ini sudah tentu dapat memenuhi pasaran buruh yang memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi. Kemajuan dalam bidang industri mendorong ke arah penggunaan teknologi dalam semua bidang. Pendidikan merupakan asset utama bagi mencapai dan merealisasikan negara maju seiring dengan kepesatan pembangunan teknologi maklumat. Teknologi telah memberi impak yang besar kepada pendidikan di Malaysia. Misalnya, teknologi telah mengubah cara kita membina pengetahuan, cara kita mengajar dan belajar, cara kita berkomunikasi, mendapatkan maklumat dan memudahkan pembelajaran. Laporan perkembangan menunjukkan indek kegunaan dan keperluan terhadap ICT adalah suatu perkembangan yang memberangsangkan. Kajian mendapati tahap celik komputer meningkat dari tahun ke tahun. ICT telah banyak memberi sumbangan kepada pembangunan negara dalam pendidikan, teknologi, komunikasi dan ekonomi. Namun tanpa menafikan sumbangan dan kebaikan dari pembangunan ICT terhadap manusia sejagat, kita dapati kesan dan pengaruh negatif juga menjadi cabaran besar dan menggugat sosio budaya insan.
ISU PPSMI
Sejak akhir-akhir ini isu ini hangat diperkatakan di seluruh negara. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau PPSMI sememangnya boleh menjadi factor penentu atau catalyst kepada kemajuan Malaysia namun adakah kebaikannya mampu menampung ruang-ruang lompong yang terdapat pada sistem ini. Terbaru perasmian Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dilancarkan di SOGO, Kuala Lumpur yang dihadiri ratusan pejuang pencinta bahasa ibunda dan tidak kurang yang hadir atas dasar politik. Di sini saya akan mengulas pendapat peribadi mengenai isu ini. Isu ini mungkin bagi sesetengah orang adalah isu sensitif yang melibatkan tentang bahasa ibunda mereka, hak keistimewaan orang Melayu, jati diri dan sebagainya tapi tidak kurang yang menanggapnya sebagai isu remeh temeh yang dimainkan untuk kepentingan politik.
KELEBIHAN PPSMI
PPSMI diwujudkan atas dasar untuk meningkatkan mutu akademik tidak kira luar dan dalam bandar. Penggunaan Bahasa Inggeris yang meluas telah mendesak kerajaan supaya melakukan perubahan terhadap sistem akademik negara untuk memastikan tahap pencapaian akademik setanding dengan pencapaian pelajar di luar negara. Di dada akhbar seringkali terpampang bahawa dasar PPSMI ini telah berjaya menaikkan prestasi pelajar (kata-kata pak-pak Menteri Malaysia). Dari sudut Islam, kita perlu akur bahawa Bahasa Inggeris sangat luas penggunaan pada era ini. Tahap penguasaan dai’e dalam Bahasa Inggeris sangat penting untuk memastikan risalah dakwah dapat disampaikan secara efektif dan menyeluruh. Mungkin ada yang berpendapat bahawa banyak lagi cara lain yang boleh digunakan selain pengajaran di sekolah yang dilakukan kerajaan sekarang. Namun bagi saya, keadaan di Malaysia mungkin berlainan. Bukan sahaja pelajar berada di zon selesa, rata-rata masyarakat di Malaysia sememangnya berada di zon selesa. Tanpa paksaan seperti PPSMI masyarakat Malaysia pasti tidak memikirkan bagaimana untuk memajukan tahap penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Mungkin ada yang sedar dari dulu lagi, namun jumlah itu mungkin tidak banyak. Jadi PPSMI ini secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan para dai’e suatu hari nanti.
KEKURANGAN MELEBIHI KELEBIHAN
Bilamana isu ini dikaitkan dengan peningkatan akademik saya pasti berada di dalam golongan mereka yang menyokong. Namun, bagaikan musuh di dalam selimut, ia juga boleh menjadi bahaya yang akan menusuki saraf-saraf manusia sedikit demi sedikit.Saya tidak akan mengulas lebih lanjut tentang kaitan perjuangan menolak PPSMI dengan dasar sasterawan negara yang menolak kerana mencintai bahasa ibunda dan sebagainya. Bagi saya Melayu adalah Melayu. Yang pasti tidak akan hilang di dunia ini adalah Islam bukan Melayu. Rasulullah menyebut dalam khutbah terakhir baginda di Lembah Uranah, Gunung Arafah pada 9 Zulhijjah Tahun 10H.“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunnahku.”Ayat-ayat ini sangat menusuk hati bagi mereka yang menggelarkan mereka Muslim. Dalam keadaan hidup yang sangat jauh dari zaman baginda, kita ditinggalkan dengan kitab untuk beriman dengannya dan berpegang pada sunnah baginda supaya tidak sesat. Dunia zaman sekarang, sudah jauh dengan apa yang diajarkan Al-Quran. Umum tahu bahawa untuk berpegang pada Al-Quran kita perlu mengetahui dan menghayati maksud yang tersurat dan tersirat dalam Al-Quran. Pada kala ini, Al-Quran telah diterjemah kepada pelbagai jenis bahasa termasuk Bahasa Melayu namun tidak semua dapat menghayati Al-Quran walaupun bahasa ibunda mereka adalah Bahasa Melayu. Jika PPSMI ini bakal melahirkan mereka yang menguasai Bahasa Inggeris dengan baik tetapi belum tentu mereka dapat menghayati Al-Quran itu dalam Bahasa Inggeris. Buktinya ialah zaman kini, walaupun penggunaan Bahasa Melayu meluas dan sudah lama digunakan namun ramai yang tidak mampu menghayati Al-Quran. Ini kan pula menghayati dalam Bahasa Inggeris yang bukan bahasa ibunda mereka. Kerosakan akhlak akan menjadi-jadi, tambahan pula dengan galakkan menonton filem-filem Inggeris. Penularan budaya kuning dalam negara mungkin akan menjadi lebih cepat dan tindak balas yang dilaksanakan kerajaan yang berpaksi pada sekularisme pasti tidak dapat mengatasi masalah ini. Dari sudut kebajikan rakyat pula, PPSMI bersifat tidak adil kerana pembelajaran dalam Bahasa Inggeris ini mungkin boleh balance kan dengan menghantar anak-anak ke tuisyen atau kelas tambahan yang memerlukan belanja lebih. Namun bagi petani dan nelayan yang makan pagi kais pagi dan makan petang kais petang, mereka jauh sekali mampu menampung kos tuisyen tersebut. Masyarakat luar bandar mungkin sekali payah untuk mengasimilasikan diri mereka dengan pembaharuan PPSMI ini.
PENYELESAIAN
Kembali kepada Al-Quran. Jika masyarakat lahir dan hidup dengan suasana Islam pasti secara tidak langsung mereka mengetahui tentang kepentingan menguasai ilmu termasuklah Bahasa Inggeris untuk merealisasikan dakwah Islam yang mereka dokong. Tidak perlu kepada paksaan seperti PPSMI, mungkin sahaja Ibnu Sina, Jabir Al-Hayyan dan seangkatan dengannya akan lahir jika kita kembali pada Al-Quran dan menInqilabiyyahkan sistem jahiliah di Malaysia. Sekadar suatu pandangan.
CABARAN SEKOLAH BESTARI DALAM SISTEM PENDIDIKAN
Alvin Tofler (1989), dalam bukunya yang bertajuk “The Third Wave” berpendapat bahawa manusia kini berada dalam gelombang ketiga iaitu gelombang maklumat. Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel elektronik (email) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa selain daripada semangat belajar secara berkumpulan, para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi dan sentiasa meneroka “alam yang baru ditemui” (virtual reality). Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih befikiran secara kritikal. Aktiviti komunikasi dalam internet seperti mel elektronik akan dapat menyediakan pelajar untuk dunia pekerjaan yang akhir-akhir ini banyak menggunakan proses perhubungan telekomunikasi yang canggih (Evereft and Ahern, 1994). Penekanan kepada teknologi di Malaysia jelas terpancar dalam Wawasan 2020. Salah satu aplikasi Wawasan 2020 adalah seperti Sekolah Bestari yang merupakan perkembangan dan pemodenan yang berlaku di Malaysia. Namun begitu, revolusi yang berterusan dalam teknologi maklumat telah mengubah komposisi guna tenaga dan pasaran buruh serta memberi implikasi terhadap sistem pendidikan. Contoh implikasi menerusi perkembangan teknologi adalah seperti permintaan untuk pekerja teknologi maklumat semakin meningkat dan peranan guru beransur-ansur berubah daripada penyampai kepada pebimbing. Adakah wajar perubahan teknologidan pemodenan yang semakin pesat di Malaysia adil dan selari kepada sesetenggah pihak? Pada pendapat kami, ia masih wujud jurang atau implikasi kepada sesetengah pihak, Ini kerana, perubahan pendidikan melalui revolusi teknologi maklumat sudah tentu memberi cabaran kepada kreadibiliti kaum guru. Ini kerana, guru tidak lagi menjadi satu faktor yang penting sebagai penyampai atau pemberi ilmu pengetahuan. Peranan guru akan berubah daripada pengajar dan pendidik kepada pemudahcara, tutor, perancang dan penilai pembelajaran murid sahaja. Perubahan peranan guru juga memerlukan guru-guru terlatih dan didedahkan dengan kemahiran baru supaya mereka tahu mengendalikan dan menggunakan teknologi dengan berkesan di sekolah. Perkembangan ICT yang pesat juga turut menyaksikan guru bukan hanya didapati di sekolah, malah pelajar akan mempunyai lebih ramai “guru” menerusi pembelajaran di internet (Kerajaan Malaysia 2001, Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005). Kepesatan industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sememangnya tidak boleh disangkal lagi terutama fungsinya yang boleh dimanfaatkan dalam bidang pendidikan. Antaranya ialah dengan menyediakan prasarana lengkap seperti kemudahan ‘Laptop’, ‘Laser Printer’ dan ‘Wireless Internet’ di makmal komputer sekolah yang membabitkan pelaburan yang tinggi. Tidak hanya untuk kepentingan cikgu dan murid di sekolah bandar sahaja malah segala kemudahan ICT yang disediakan kerajaan turut membabitkan sekolah-sekolah di luar bandar. Jika dilihat teknologi boleh dikatakan banyak membantu tahap pendidikan di luar bandar. Keadaan ini terbukti dengan tertubuhnya projek SchoolNet di mana ia membuka peluang yang sama rata kepada pelajar terutamanya di luar bandar untuk akses kepada kemudahan ICT seperti komputer dan internet. Kemudahan yang disediakan oleh SchoolNet membolehkan pelajar-pelajar mendapat manfaat daripada suasana pembelajaran yang dinamik melalui komunikasi interaktif serta dengan pantas mendapatkan maklumat. Pelajar dapat bertukar maklumat dengan teman-teman mereka di seluruh negara dengan menggunakan aplikasi-aplikasi SchoolNet yang pelbagai seperti e-mel, forum dalam talian, protokol pemindahan fail dan enjin carian. Kemudahan tersebut akan merangsang minda muda pelajar-pelajar untuk lebih imaginatif, kreatif dan meningkatkan kemampuan analisis. Guru-guru dan tenaga pendidik juga dapat menggunakan kemudahan ini bagi memaksimakan keberkesanan pengajaran. Mereka berpeluang menggunakan Internet untuk mendapatkan teknik dan metode pengajaran yang terkini di samping berhubung dengan rakan sejawatan mereka di seluruh Malaysia bagi berkongsi maklumat serta bahan pengajaran. Jika dilihat teknologi boleh dikatakan banyak membantu tahap pendidikan di luar bandar. Keadaan ini terbukti dengan tertubuhnya projek SchoolNet di mana ia membuka peluang yang sama rata kepada pelajar terutamanya di luar bandar untuk akses kepada kemudahan ICT seperti komputer dan internet. Kemudahan yang disediakan oleh SchoolNet membolehkan pelajar-pelajar mendapat manfaat daripada suasana pembelajaran yang dinamik melalui komunikasi interaktif serta dengan pantas mendapatkan maklumat. Pelajar dapat bertukar maklumat dengan teman-teman mereka di seluruh negara dengan menggunakan aplikasi-aplikasi SchoolNet yang pelbagai seperti e-mel, forum dalam talian, protokol pemindahan fail dan enjin carian. Kemudahan tersebut akan merangsang minda muda pelajar-pelajar untuk lebih imaginatif, kreatif dan meningkatkan kemampuan analisis. Guru-guru dan tenaga pendidik juga dapat menggunakan kemudahan ini bagi memaksimakan keberkesanan pengajaran. Mereka berpeluang menggunakan Internet untuk mendapatkan teknik dan metode pengajaran yang terkini di samping berhubung dengan rakan sejawatan mereka di seluruh Malaysia bagi berkongsi maklumat serta bahan pengajaran. Komputer dalam pendidikan membolehkan pelajar sekolah menguasai pengetahuan dan kemahiran asas supaya mereka boleh menggunakan kemudahan ini untuk pembelajaran dan persediaan menghadapi cabaran masyarakat yang berasaskan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Kesan negatif yang mungkin timbul daripada kemunculan ICT ialah jurang perbezaan yang lebih besar di antara pelajar bandar dan luar bandar, memandangkan prasarana yang masih belum mencukupi untuk membolehkan mereka dihubungkan dengan rangkaian lebuh raya maklumat. Malah di sesetengah sekolah, masih belum ada makmal komputer untuk digunakan. Sebagai langkah merapatkan jurang ICT antara pelajar bandar dan luar bandar, kerajaan dalam belanjawan 2001 telah berjanji akan menubuhkan sebanyak 1,262 buah makmal komputer di sekolah-sekolah di luar bandar (Utusan Malaysia, 28 November 2000). Teknologi komunikasi dan maklumat adalah medium sumber maklumat yang mudah dan cepat untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Kesedaran kepada kepentingan teknologi maklumat ini telah mendorong kerajaan untuk menerapkan bidang tersebut sehingga ke peringkat sekolah rendah, khususnya di luar bandar.Ini adalah kerana selain daripada kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira), satu lagi kemahiran asas yang diperlukan oleh pelajar untuk bersaing di alaf baru ini ialah celik komputer.Seseorang itu dikatakan sebagai celik komputer apabila ia mempunyai kefahaman asas fungsi komputer, dapat menggunakan komputer bagi memudahkan pelaksanaan tugas-tugas harian sama ada untuk kegunaan peribadinya atau untuk pekerjaannya dengan cekap dan berkesan, dan dapat berinteraksi dengan komputer dengan menggunakan aplikasi-aplikasi seperti multimedia dan Internet.Kemajuan yang begitu pesat dalam bidang teknologi elektronik, satelit, telekomunikasi dan teknologi maklumat membolehkan seseorang itu menyampai, mengumpul, menyalurkan, menyebarkan, mengurus, memproses atau menyimpan pelbagai jenis maklumat dengan cepat dan mudah.E-mel, World Wide Web, teknologi digital, Internet, CD-Rom dan bahan multimedia interaktif menjadi alat atau kemudahan baru dalam sistem pendidikan bersifat bestari.Menurut Tengku Azzman (1998), terdapat tiga sebab utama mengapa komputer diperlukan dalam pendidikan. Antara sebab- sebabnya ialah, banyak maklumat yang boleh dicapai daripada komputer tidak boleh dilakukan oleh manusia itu sendiri. Selain itu, kemampuan mengutip dan menyimpan maklumat serta pengetahuan hanya dapat dikelolakan dengan cekap oleh komputer. Sebab lain ialah maklumat yang dan pengetahuan menjadi kunci untuk ikhtiar dalam kehidupan manusia, terutamanya untuk pelajar itu sendiri. Komputer di dalam konteks pendidikan seharusnya mengenal pasti keperluan pelajar, memberi arahan atau pengajaran yang sesuai mengikut peringkat pelajar, memantau dan melapor kemajuan pelajar, menjadi alat pelajar boleh menganalisis data, menulis laporan, dan melayari Internet untuk mendapatkan maklumat bagi meningkatkan pengetahuan mereka dan lain-lain lagi.Memang tidak dapat dinafikan bahawa komputer mampu menyumbang kepada proses pendidikan dalam pelbagai bentuk yang lain, sumbangan komputer adalah berkait rapat dengan kemahiran, pengetahuan, dan komitmen pengguna itu sendiri.Oleh itu, kebolehan dan kemampuan menggunakan komputer dengan cekap dan berkesan dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Antara halangan utama penggunaan komputer di sekolah ialah kekurangan perkakasan yang terkini (Becker, 1991), kebanyakan sekolah telah dibekalkan dengan perkakasan berteknologi lama, berkualiti rendah dan berkuasa rendah (Hasselbrig, 1991) dan bilangan yang dibekalkan adalah tidak mencukupi (cedoline, 1982; dan Vitchoff, 1989). Untuk memperkayakan maklumat, generasi pelajar tidak seharusnya bergantung kepada buku teks yang dibekalkan dan bahan-bahan yang disediakan oleh guru semata-mata, tetapi kemahiran mencari maklumat dengan sendiri daripada penggunaan komputer perlu dititikberatkan. Penguasaan sepenuhnya kemahiran menggunakan komputer adalah asas dalam usaha menguasai kemahiran teknologi komunikasi dan maklumat.Bagaimanapun, ramai yang menganggap kemunculan ICT akan menjarakkan jurang perbezaan di antara masyarakat di luar bandar dengan bandar memandangkan prasarana masih belum cukup untuk untuk membolehkan mereka disambungkan dengan rangkaian lebuh raya maklumat.Sekolah di luar bandar masih kurang peralatan komputer serta kemudahan seterusnya penggunaan sepenuhnya di kalangan pelajar.Malah di sesetengah sekolah masih belum ada makmal komputer untuk digunakan.Sebagai langkah merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar, kerajaan Malaysia dalam Belanjawan 2001 akan menubuhkan sebanyak 1,262 buah makmal komputer di sekolah-sekolah di luar bandar.Kerajaan Malaysia yakin kaedah multimedia yang dilengkapi dengan perisian berasaskan falsafah pendidikan negara mampu menghapuskan jurang kualiti pendidikan di antara pelajar luar bandar dan di bandar.

Wednesday, July 22, 2009

TEKNOLOGI DAN PEMODENAN

Pengenalan
Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan selepas arus paskal permodenan. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama.
Perubahan dunia masa kini amat pantas hasil ledakan teknologi maklumat. Setiap hari pelbagai hasil ciptaan baru dari inovasi teknologi. Teknologi dan maklumat telah berjaya menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara. Malahan ia berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai elemen luar memasuki ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan. John Naisbitt (1990) meramalkan bahawa salah satu daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad ke-21 ialah maklumat. Maklumat tersangat berharga dalam dunia globalisasi hingga ia menjadi penentu dan penggerak kepada masa depan.
Teknologi dan Pemodenan (T&P)
Secara umumnya, teknologi boleh ditakrifkan sebagai aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi manusia dalam kehidupan seharian, sejarah penggunaan teknologi bermula pada zaman pra-sejarah dimana manusia menjumpai atau mendapat tahu cara menghidupkan api untuk memasak makanan mereka serta kewujudan roda bagi tujuan untuk memudahkan perjalanan mereka. Menurut Mcluhan, perkembangan teknologi telah mengubah dunia contohnya melalui perkembangan seperti kemudahan satelit, beliau berkeyakinan bahawa perkembangan teknologi komunikasi yang pantas akan menyediakan warga dunia dengan maklumat mengenai sesuatu kejadian di dunia dengan pantas, cekap dan tepat.
Ianya diklasifikasikan sebagai perubahan yang berlaku dari suatu masa kepada suatu masa yang lain untuk tujuan penambahbaikan. Ia berupaya untuk melepaskan ataupun menundukkan kuasa yang datang dari masa lampau, perubahan yang berlaku (pemodenan) telah melahirkan kerajaan yang mengamalkan sistem kapitalisme. Secara ringkasnya selepas revolusi Perancis, teknologi dapat dilihat sebagai satu ciri teras budaya pemodenan. Disamping itu budaya modenis dianggap sebagai intipati kemajuan.
Revolusi T&P
Jika kita mengimbau sejarah peradaban manusia, terdapat pelbagai inovasi masa lalu yang menghasilkan pemodenan sama dengan yang kita hadapi masa kini. Kebanyakan pemodenan yang berlaku adalah disebabkan teknologi. Antara inovasi yang dimaksudkan adalah seperti bahasa, penulisan dan percetakan. Jika dilihat dari konteks sejarah, sejarah membuktikan setiap teknologi itu berjaya menghasilkan dan mewujudkan satu bentuk baru dalam institusi masyarakat manusia.
Namun, gagasan dan keagungan sesuatu peradaban itu biasanya dibatasi oleh maklumat daripada sumber fizikal lain. Umpamanya, peradaban seperti Yunani, Mesir dan Mesopotamia mempunyai semua sumber fizikal yang diperlukan untuk mencipta teknologi yang ada sekarang seperti komputer, televisyen, roket dan barangan pengeluaran yang lain tetapi mereka tidak berupaya mencipta teknologi dan barangan itu kerana mereka tidak mempunyai maklumat yang diperlukan. Tetapi tidak dapat dinafikan bahawa teknologi telah berkembang pada awal peradaban manusia seperti peristiwa revolusi Copercinus dalam astronomi serta revolusi sains lain adalah terhasil daripada teknologi percetakan. Contohnya seperti penghasilan mesin cetak oleh Johann Gutenberg dari Mainz, Jerman pada tahun 1450an yang memberi ruang dalam reformasi bidang astronomi.
Penerimaan Masyarakat Terhadap T&P
Setiap negara yang terdapat di dunia ini sentiasa berlumba – lumba untuk meningkatkan lagi tahap teknologi dan permodenan negara masing – masing. Bagi Malaysia, kita sering berusaha untuk mengarusperdanakan teknologi dan pemodenan dari masa ke semasa. Sekiranya pada zaman dahulu kita dianggap sebagai salah sebuah negara mundur yang tidak mempunyai teknologi, tetapi sekarang kita sudah boleh dikatakan mampu untuk bersaing dengan negara luar dari segi perkembangan teknologi dan pemodenan. Menurut Tun Dr. Mahathir iaitu bapa pemodenan Malaysia, rakyat Malaysia sekarang sudah mampu untuk menghadapi penerimaan teknologi dan pemodenan yang semakin canggih. Masyarakat sekarang ini terutamanya di negara Malaysia mampu untuk menggunakan teknologi dan permodenan yang sedia ada malah kebanyakkannya menggunakannya dalam kehidupan harian mereka. Seperti yang dapat kita lihat, teknologi komunikasi pada masyarakat Malaysia dahulu agak sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Tetapi lain halnya pada masa kini dengan perkembangan teknologi komunikasi seperti internet, skype, persidangan video, masyarakat kini pantas untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan ini. Itulah yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir. Teknologi dan Pemodenan boleh membawa kepada kebaikan dan keburukan dan ianya bergantung kepada masyarakat itu sendiri tentang bagaimana mereka hendak menerima perkembangan yang sedang berlaku pada zaman sekarang.
Pemahaman, Pengetahuan dan Perlaksanaan T&P
Sejauh manakah masyarakat di Malaysia dapat memahami dan tahap pengetahuan meraka terhadap teknologi dan pemodenan di Malaysia?
Dewasa ini, walaupun Malaysia telah mencapai tahap Negara membangun tetapi masih lagi wujud masyarakat pinggiran yang masih lagi ketinggalan dan kurang pendedahan tentang teknologi maklumat. Golongan yang mendominasi teknologi adalah terdiri dari mereka yang mempunyai tahap intelektual tinggi. Antaranya mereka yang dari golongan professional, pelajar, penjawat tinggi dan sebagainya. Golongan urban telah terdedah dengan teknologi sejak dari kecil lagi maka penggunaan teknologi bagi mereka adalah sangat penting dalam aktiviti seharian sehinggakan mereka tidak dapat lari darinya. Dengan penggunaan teknologi, kesenangan dan kelapangan mudah dirasai. Namun berbeza bagi golongan pinggiran di mana mereka sering dieksploitasi oleh keadaan yang menyebabkan mereka makin terpinggir dari teknologi. Apabila teknologi komunikasi wujud kuasa pusat menguasai kesedaran masyarakat pinggiran. Ini sebenarnya, akan menigkatkan jurang diantara masyarakat Bandar dan pinggiran. Untuk meningkatkan kefahaman dan tahap kesedaran tentang kepentingan teknologi dan pemodenan di Malaysia organisasi seperti ekonomi (swasta dan perkhidmatan separuh kerajaan), politik (organisasi pemerintah supra nasional), dan komunikasi (agensi berita) memainkan peranan penting dalam perlaksanaan teknologi dan pemodenan secara meyeluruh.
Antara aspek-aspek yang penting untuk menjayakan teknologi dan pemodenan ialah dari segi memantapkan aspek seperti ekonomi, pembangunan, bahasa, pendidikan, dan lain-lain. Kerajaan Malaysia telah melaksanakan dasar baru dalam sitem pendidikan iaitu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Dasar yang di lakukan mendapat pelbagai reaksi dari banyak pihak. Ada reaksi positif dan negatif. Walaupun ada usaha-usaha yang giat untuk melaksanakan teknologi dan pemodenan wujud implikasi baik dan buruk terhadap teknologi dan pemodenan di Malaysia. Antara usaha yng boleh dilakukan ialah mengubah minda masyarakat Malaysia dan menerapkan penggunaan teknologi bagi Malaysia mencapai tahap Negara maju dan setiap ahli masyarakat perlu mengambil bahagian dam proses perlaksanaan teknologi dan pemodenan di Malaysia.
Kepesatan Teknologi Di Negara Kita Menjelang Abad Ke 21
Jika dilihat dari konteks Malaysia di bawah pimpinan pemimpin yang berkaliber dan mahukan perlembagaan teknologi. Contohnya dengan penubuhan bandar Cyberjaya, perkembangan dalam industri otomobil, informasi tanpa batasan dan sebagainya. Perkembangan teknologi ini disifatkan sebagai tapak untuk menghadapi alaf 21 nanti. Maka, pemimpin yang karismatik sangat penting dalam usaha membawa kepada perubahan sosial.
Penyerapan Budaya Luar
Budaya merupakan suatu sistem dinamik. Ini adalah kerana manusia selalu diperkenalkan dengan elemen-elemen baru. Namun, perubahan teknologi bergerak dengan lebih cepat berbanding dengan perubahan dalam idea budaya. Ini menyebabkan "cultural late" ketinggalan budaya sekiranya sesiapa yang tidak mengikut gaya hidup masyarakat moden, mereka akan dianggap sedemikian. Contohnya amalan pemakanan makanan segera dari Barat telah sebati dengan kita walaupun ianya tidak sampai 20 tahun di sini. Pendapatan penduduk dan jurang pendapatan negara semakin berbeza. Ini dapat dihuraikan di kalangan komponen masyarakat yang mampu untuk menguasai teknologi akan memperolehinya sementara yang miskin akan terus ketinggalan. Dijangkakan pendapatan negara akan terus meningkat dengan penggunaan teknologi-teknologi yang terkini. Terutamanya di dalam industri automobil. Di mana suatu ketika dulu, Malaysia sendiri tidak menyangka mereka mampu menghasilkan teknologi. Namun, dengan penciptaan Proton Saga dan seterusnya telah membuktikan kemampuan kita. Maka, orang ramai tidak perlu membeli kereta import sama ada mewah atau tidak mewah dari luar lagi. Dengan itu, pengeluaran mata wang ke luar negara juga dapat di kawal sekiranya import dapat dikurangkan.
Wujudnya Maklumat Tanpa Sempadan
Ini dapat dilihat di dalam bidang penyebaran maklumat di mana negara-negara besar seperti Amerika akan dapat menyebarkan dakyah-dakyah atau khabar angin tentang keburukan sebuah negara yang ternyata tidak benar. Di sini, negara yang menguasai teknologi itulah yang mempunyai kuasa besar untuk menyebarkan maklumat-maklumat yang dimilikinya.
Kesimpulan
Daripada apa yang dapat diperhatikan perkembangan teknologi sudah tentu dapat merubah amalan hidup masyarakat Malaysia menjelang abad ke 21. Sesungguhnya teknologi adalah berfaedah namun penyalahgunaannya akan memberi keburukan kepada semua.