CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 26, 2009

KESELAMATAN

PENGENALAN
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan. Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

KESAN BAIK DAN BURUK
Kemajuan yang wujud di era ini telah menyebabkan kita makin bertamadun dan berpengetahuan. Segala-galanya telah menjadi semakin mudah dengan kewujudan teknologi. Kalau dahulu teknologi itu ibarat satu benda yang baru dan bukan semua orang boleh menggunakannya, tetapi sekarang tanpa teknologi orang tersebut dikatakan kuno. Menurut Mcluhan, perkembangan teknologi telah mengubah dunia contohnya melalui perkembangan seperti kemudahan satelit, beliau berkeyakinan bahawa perkembangan teknologi komunikasi yang pantas akan menyediakan warga dunia dengan maklumat mengenai sesuatu kejadian di dunia dengan pantas, cekap dan tepat. Ianya diklasifikasikan sebagai perubahan yang berlaku dari suatu masa kepada suatu masa yang lain untuk tujuan penambahbaikan. Ia berupaya untuk melepaskan ataupun menundukkan kuasa yang datang dari masa lampau, perubahan yang berlaku (pemodenan) telah melahirkan kerajaan yang mengamalkan sistem kapitalisme.
Namun teknologi dan pemodenan yang berlaku telah menyebabkan kesan baik dan buruk terhadap keselamatan negara. Teknologi yang wujud menyebabkan masyarakat boleh melakukan perubahan. Begitu juga dengan pihak-pihak yang tertentu dalam menjaga keselamatan negara. Perkembangan teknologi sama ada di negara mempunyai pemerintah yang kuat atau liberal tidak terlepas dari golongan pemerintah yang menguasai teknologi. Ada fakta yang menyatakan bahawa pengembangan teknologi membantu dari segi keselamatan negara.
Sebagai contoh, kejayaan projek Manhattan mengaplikasikan pengunaan bom Hidrogen dalam tragedi Hirosima dan Nagasaki yang mana ia boleh menyelamatkan negara tersebut daripada di ceroboh oleh pihak musuh. Kewujudan perkembangan teknologi seperti komputer, internet, persidangan video dan lain-lain lagi. Perkembangan teknologi ini telah membantu dalam keselamatan negara terutamanya dalam membanteras gejala jenayah. Pihak berkuasa telah berjaya mengesan penjenayah hanya dengan membuat lakaran muka penjenayah di komputer dan ini secara tidak langsung suspek dapat dikesan oleh pihak berkuasa.
Teknologi dan pemodenan yang wujud juga telah menyebabkan berlakunya fitnah sama ada terhadap masyarakat itu sendiri ataupun fitnah terhadap negara. Tahun-tahun sebelum dan awal 80an, persoalan fitnah pada kebiasaannya timbul sama ada melalaui ungkapan lisan radio atau televisyen, atau tulisan dalam surat khabar dan majalah. Tetapi, dalam tahun-tahun selepas itu, wujud satu wahana baru yang juga boleh terjadinya fitnah, iaitu melalui komputer dan juga mesej yang dikirimkan melalui telefon mudah alih. Ini bermaksud kata-kata yang berbau fitnah atau yang berkemungkinan boleh mewujudkan fitnah boleh mengancam kedudukan dan keselamatan negara. Perbuatan fitnah tersebut adalah seperti dalam bentuk perbuatan, kelakuan ataupun perkataan. Perkembangan teknologi dan pemodenan juga adalah kita akan merasa diri kita tidak begitu selesa dengan keadaan sekeliling kerana kita sentiasa diperhati. Dengan adanya teknologi ini, kejadian-kejadian yang tidak diingini masih berlaku dan untuk menggelakkan kejadian seperti itu berlaku kita mestilah membantu dalam apa jua keadaan kerana dengan bantuan teknologi yang sedia ada masih tidak cukup untuk mencegah kejadian ini daripada berlaku.

CCTV bantu atasi jenayah

Oleh HAMDAN AHMAD
HAMPIR setiap hari kita dipaparkan dengan berita jenayah baik yang disiarkan oleh media cetak mahu pun media elektronik. Seolah-olah tidak lengkap hari kita jika tidak disulami dengan berita-berita kegiatan jenayah.
Keadaan ini semestinya berbeza jika dibandingkan 30 tahun lalu di mana kadar kes jenayah yang dicatatkan agak rendah.

Di pihak kerajaan pelbagai langkah telah diambil untuk mengurangkan kes-kes jenayah yang semakin membimbangkan. Kerjasama pihak swasta turut ditingkatkan agar langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan memberikan kesan maksimum.
Penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) misalnya merupakan salah satu kaedah berkesan yang dilihat dapat menimbulkan rasa ‘takut’ di kalangan orang ramai untuk melakukan kegiatan jenayah.

Banyak negara di Eropah telah menggunakan CCTV bagi mengawasi pergerakan penduduknya dan bagi mengekang keganasan. United Kingdom (UK) secara khusus menggunakan secara meluas CCTV sebagai alat mengekang jenayah dan keganasan. Mengikut beberapa penyelidik, sistem CCTV di UK telah membuat individu merasa takut hendak melakukan jenayah dan ia dikatakan berjaya mengekang jenayah. Hingga ke hari ini, terdapat kira-kira 800 program CCTV beroperasi di UK. Kerajaan British telah menyediakan geran berjumlah 22 juta pound setiap tahun bagi pembelian dan pemasangan CCTV.
Mengikut satu kajian oleh YOUGOV untuk NTL Telewest Business, lebih daripada 80 peratus rakyat British menyokong penggunaan CCTV bagi mengekang jenayah di bandar-bandar dan juga usaha menjejaki kereta curi. Bagaimanapun mereka kurang bersetuju CCTV digunakan untuk menangkap pesalah jalan raya.
Bukan sahaja di UK, di beberapa negara lain seperti Kanada, Perancis, Ireland, Rusia, Ireland dan Monaco juga turut menggunakan perkhidmatan CCTV demi menjaga keselamatan rakyat dan negara.

Di Perancis, intipan talian telefon dan intipan video elektronik adalah dilarang sekiranya digunakan bagi mencungkil maklumat mengenai kehidupan seks seseorang individu atau kewangan peribadi tetapi dibenarkan untuk intipan ke atas bisnes atau aktiviti politik. Disebabkan aktiviti pengganas sejak kebelakangan ini, kerajaan Perancis telah membenarkan penggunaan CCTV di kawasan awam, termasuk mengawasi jalan-jalan utama dan bandar dan kawasan awam bandar.

Di Ireland, CCTV telah digunakan oleh syarikat swasta semenjak pertengahan 1980 bagi mengawasi pejabat pos, gedung perniagaan, bank, bangunan-bangunan penting kerajaan dan kompleks membelibelah. Di Sepanyol, ancaman pengganas menyebabkan pihak kerajaan mengambil tindakan keselamatan yang luar biasa, terutama sekali di kawasan pelancong.
Oleh kerana populariti CCTV meningkat, jualan komersial alat CCTV pada 1995 sahaja telah sampai ke tahap maksimum. Sebuah pengeluar utama alat CCTV melaporkan keuntungan bersih AS$120 juta pada 1995 berbanding keuntungan hanya AS$16 juta tahun sebelumnya. Mengikut seorang pegawai keselamatan, bisnes di Amerika Syarikat (AS) sekarang telah membelanjakan hampir AS$100 bilion setahun untuk produk berkeselamatan tinggi bagi mengimbangi kerugian AS$200 bilion setahun akibat jenayah. Lebih daripada 50 peratus alat-alat CCTV dijual kepada pelanggan-pelanggan industri dan komersial.

Walaupun pada umumnya CCTV digunakan untuk menjaga keselamatan orang awam, kumpulan hak asasi manusia tidak menyokong penggunaannya secara meluas. Di AS, ada pihak merasa ragu-ragu tentang penggunaan CCTV kerana ia memberi chilling effects kepada rakyat negara berkenaan. Beberapa mahkamah di AS mendapati penggunaan CCTV merupakan salah satu cara yang dipanggil, “the most mentally disconcerting forms of monitoring performed by government”.

Di Malaysia pula, penggunaan CCTV masih belum lagi meluas penggunaannya tetapi kesedaran tentang keselamatan dari hari ke sehari kian bertambah. CCTV banyak digunakan di premis-premis seperti bank, bangunan/pejabat penting kerajaan, gudang-gudang, pasar raya besar, bahkan telah mula menular ke premis kecil seperti kedai runcit dan rumah-rumah persendirian.

Persoalan di sini, sama ada kita akan mempertingkatkan penggunaan CCTV di negara ini pada masa depan. Bagi pihak kerajaan, ia perlu mengambil tindakan proaktif yang dikaitkan dengan keselamatan dan bagi mengelak kerugian berjuta ringgit. Akta serta perundangan perlu ada dan dilaksanakan bagi mendefinisikan penggunaan CCTV secara berkesan. Pihak kerajaan perlu mengimbangi kepentingan ‘privacy’ individu dengan penguatkuasaan hak undang-undang dan kepentingan negara.

Pada dasarnya, penggunaan CCTV boleh diterima pakai sebagai alat penguatkuasaan undang-undang bagi mengawasi kawasan-kawasan awam, sekolah dan kawasan perumahan. Umumnya, data yang diperoleh dari video intipan CCTV telah terbukti berjaya dalam mengurangkan dan menggagalkan kegiatan jenayah dan juga dapat membantu mendakwa individu-individu yang ditangkap ketika melakukan jenayah. Kita tahu ada banyak cara untuk mengekang jenayah dan penggunaan CCTV adalah salah satu cara yang boleh dikatakan efektif dan praktikal.
* PENULIS ialah Timbalan Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Keselamatan ICT
‘Gatekeeper’
Dalam komunikasi manusia, secara khususnya di dalam bidang kewartawanan, “gatekeeping” adalah satu proses dimana idea dan maklumat ditapis untuk penerbitan. Proses pembuatan keputusan dalaman menyekat maklumat daripada media kepada massa. Teori pertama ditubuhkan oleh ahli psikologi sosial iaitu Kurt Lewin pada 1947 dan teori ini masih digunakan oleh pelajar – pelajar komunikasi massa dan kewartawanan. “Gatekeeping” membenarkan semua peringkat struktur media iaitu daripada wartawan membuat keputusan sumber mana yang patut dipilih termasuklah dalam berita kepada editor untuk membuat keputusan berita mana yang patut diterbitkan. “Gatekeeper” yang membuat keputusan mana maklumat boleh diterbitkan dan maklumat mana yang disekat. Dalam kata yang lain, “gatekeeper” di dalam sistem sosial membuat keputusan terhadap komoditi iaitu bahan mentah, barangan dan maklumat untuk memasuki sistem. Penting untuk menyedarkan yang “gatekeeper” mampu mengawal pengetahuan publik tentang isu - isu semasa yang berlaku dan membuang berita – berita yang sudah lepas. “Gatekeeper” juga boleh dilihat sebagai sesebuah institusi atau organisasi dimana mengawal kedudukan kuasa dan mengawal aliran maklumat dan pengaruh politik. “Gatekeeper“ wujud dalam pelbagai kerja dan mereka boleh membuat pilihan untuk mewarnai gambaran mental yang dicipta di dalam pemahaman manusia tentang apa yang terjadi di sekeliling mereka. Media “gatekeeping “ menunjukkan keputusan dibuat berdasarkan prinsip di dalam nilai yang baru, rutin organisasi, struktur input dan akal waras. “Gatekeeping” adalah keperluan di dalam perancangan komunikasi dan semua peranan perancangan komunikasi termasuklah sesetengah aspek “gatekeeping”. Pilihan “gatekeeper” adalah pengaruh web kompleks, keutamaan, motivasi dan nilai biasa. “Gatekeeping” tidak dapat dielakkan dan sesetengah keadaan ia boleh digunakan. “Gatekeeping” juga boleh jadi berbahaya kerana ia boleh diarahkan untuk menyalahgunakan kuasa dengan membuat keputusan maklumat apa yang boleh dibuang dan apa yang boleh diterbitkan.
Jangan biarkan benda-benda yang tajam di merata tempat dan di tempat yang boleh dicapai oleh kanak-kanak Jangan amalkan tabiat merokok di dalam rumah. Hampir semua kebakaran bermula dengan penghisap rokok yang cuai yang tidak memadam api puntung rokok sepenuhnya. Rangkakan satu pelan keselamatan untuk kebakaran. Beli sebuah alat pemadam api untuk disimpan di dalam rumah. Elakkan daripada memegang air panas atau benda-benda panas apabila adanya kehadiran kanak-kanak berdekatan dengan anda. Gunakan minyak tanah yang diiktiraf oleh SIRIM. Use kerosene that has been SIRIM certified. Jangan tinggalkan anak anda bersendirian dekat dengan air. Untuk mandi dengan air panas, penuhkan bekas mandi dengan air sejuk terlebih dahulu, kemudian barulah tuangkan air panas dan bukan sebaliknya. Pagarkan kawasan disekeliling kolam mandi anda.
Gunakan kerusi kanak-kanak yang sesuai dengan umur anak anda apabila mengadakan perjalanan melalui kereta, TERUTAMANYA UNTUK JARAK PERJALANAN YANG PENDEK. Kebanyakan kes kemalangan berlaku dalam perjalanan yang pendek. Jangan mendukung anak anda semasa menumpang kereta, dengan anggapan bahawa dengan cara ini anak anda berada dalam keadaan yang selamat. Sewaktu kemalangan, anak anda boleh terpelanting dari dukungan anda, atau badan anda boleh mengenakan impak ke atas anak anda. Kanak-kanak di bawah umur 12 bulan tidakboleh menumpang di kerusi belakang basikal. Kerusi-kerusi ini adalah untuk kanak-kanak yang lebih tua. Bila membawa kanak-kanak yang lebih tua, pastikan mereka memakai topi keselamatan basikal mereka. Pelbagai cara lagi boleh dibuat bagi menjamin keselamatan kanak-kanak. Cuma, kita hanya perlu lebih berfikir secara kreatif dan berusaha menjaga keselamatan kanak-kanak terjamin.

KESELAMATAN KANAK – KANAK
Kanak-kanak merupakan generasi yang akan mendokong wawasan negara. Pemupukan tumbesaran kanak-kanak dalam suasana yang positif dan sihat amat penting demi menjamin masa depan mereka di dalam dunia yang penuh dengan cabaran serta kecanggihan multimedia ini. Masa kini, kanak-kanak dikelilingi dengan kemajuan teknologi maklumat, di mana-mana sahaja kita dapat melihat kecanggihan dan kemajuan teknologi. Kanak-kanak walau dalam usia setahun jagung adalah terpengaruh dengan alat-alat yang moden seperti video games, komputer dan sebagainya. Semua ini boleh mendatangkan kesan sampingan yang negatif ke atas pertumbuhan akhlak kanak-kanak yang sedang membesar. Di sinilah pentingya peranan ibu bapa dan penjaga. Kita perlu menggunakan kemudahan IT untuk memupuk minda dan kemahiran kanak-kanak ke arah pembinaan nilai-nilai diri yang murni dan mulia. Seperti yang disarankan melalui kursus ini, kanak-kanak yang membesar dengan tubuh badan yang cergas sudah pasti menghasilkan minda yang pintar dan cerdas. Di sini ternyata sistem pemakanan memainkan peranan yang penting. Walaupun kini terdapat pelbagai jenis makanan ringan yang tidak berkhasiat, ibu bapa dan penjaga yang prihatin sudah tentu tahu membezakan makanan yang sesuai untuk diberikan kepada anak-anak di bawah jagaan mereka. Sistem pemakanan seimbang seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan tidak patut dipandang remeh. Ianya bukan sahaja baik untuk tumbesaran kanak-kanak, tetapi juga berkenaan dari segi kemampuan daya intelek untuk menghadapi pembelajaran di sekolah.

RUJUKAN
White, David Manning. (1964). "The 'Gatekeeper': A Case Study In the Selection of News, In: Lewis A. Dexter / David M. White (Hrsg.): People, Society and Mass Communications. London S. 160 - 172. "
Snider, P.B. (1967). “'Mr.Gates; revisited: A 1966 version of the 1949 case study,” Journalism Quarterly 44 (3):419-427.
Berkowitz, D (1990). “Refining the gatekeeping metaphor for local television news,” Journal of Broadcasting & Electronic Media 34 (1)55-68.
Lewin, Kurt, "Frontiers in Group Dynamics," Human Relations, v. 1, no. 2, 1947.
hea.ump.edu.my/images/.../CCTV%20bantu%20atasi%20jenayah.doc -

No comments:

Post a Comment