CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 10, 2009

KOMUNIKASI

Teknologi dan Pemodenan Komunikasi

Pengenalan

Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan selepas arus permodenan. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama.


Kemajuan teknologi yang dicapai manusia zaman ini memang sangat mengagumkan. Tetapi sekali gus juga membingungkan. Malah membimbangkan. Pada peringkat dunia sejagat kita bimbang (dan gerun!) dengan kemajuan yang dicapai manusia di bidang teknologi senjata. Dan pada peringkat yang lebih mikro di samping merasa sangat selesa dengan kemajuan teknologi komunikasi kita juga merasa sangat resah dengan kesan-kesan sampingannya yang mengancam nilai-nilai kemanusiaan.Komputer peribadi, terutama yang mempunyai kemudahan internet, umpamanya, adalah antara alat teknologi komunikasi yang selama ini sering disebut-sebut sebagai sangat berguna untuk pelbagai keperluan seperti untuk menerima, mengirim dan merakamkan maklumat. Tetapi dalam pada itu kita juga merasa resah kerana alat tersebut juga telah menjadi satu saluran bahan-bahan lucah dan juga telah disalahgunakan untuk tujuan-tujuan maksiat dan kemudahan perjudian. Dan lebih merunsingkan ialah bahan-bahan lucah itu ada kalanya terpancar di layar komputer secara automatik sebaik sahaja kita membuka komputer. Ertinya bahan-bahan itu ``dipaksakan'' kepada kita walaupun kita tidak bermaksud untuk melihatnya terpancar di layar komputer.Tetapi ada lagi satu alat baru yang lebih merunsingkan - model terbaru telefon mudah alih - dan dipercayai telah meningkatkan risiko penganiayaan terhadap kanak-kanak seperti pelacuran dan rogol. Alat baru itu dipanggil 3G yang dianggap sebagai generasi ketiga telefon bimbit yang jauh lebih maju daripada dua ``generasi'' sebelumnya. Generasi pertama telefon mudah alih itu dipanggil sebagai selular analog dan generasi kedua dikenal sebagai perkhidmatan komunikasi peribadi digital (PCS). Sebagai generasi ketiga tentu sahaja 3G lebih canggih, lebih efektif dan lebih tinggi daya terima serta daya kirimnya. 3G boleh berfungsi di tempat-tempat jauh terpencil yang tidak terjangkau oleh liputan generasi pertama dan PCS. Tetapi lebih dari itu 3G juga boleh berfungsi sebagai internet dan malah juga sebagai pemancar dan penerima gambar seperti televisyen. Ertinya seseorang yang berkomunikasi menggunakan 3G boleh melihat gambar atau imej orang yang dilawannya bercakap itu walaupun dalam jarak ratusan batu.Semua itu telah menyebabkan kumpulan-kumpulan yang prihatin, khususnya United Kingdom (UK) Children's Charity (NCH) merasa bimbang tentang kes-kes penyalahgunaan. Dari perbualan dengan Cik Cynthia Peterson, seorang wartawan/penulis yang mempunyai minat khusus terhadap teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), saya difahamkan bahawa kumpulan prihatin NCH itu mendapati bahawa kemudahan internet (dan ini sendirinya termasuk telefon bimbit 3G) telah menyumbangkan kepada peningkatan jenayah dan penganiayaan terhadap kanak-kanak.Kemudahan mendapatkan telefon mudah alih 3G itu telah memudahkan pula remaja-remaja di bawah umur 18 tahun untuk mencapai laman-laman web lucah dan perjudian di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Manakala di Jepun, menurut maklumat yang diperoleh Cynthia, 90 peratus daripada kanak-kanak yang terlibat dalam pelacuran, memiliki telefon mudah alih 3G.Kegawatan masalah ini di UK telah mendorong kumpulan-kumpulan pelindung kanak-kanak mendesak syarikat-syarikat yang terlibat dengan pengeluaran, pengedaran dan pengendalian 3G itu supaya mengambil langkah-langkah yang berkesan menghalang remaja-remaja di bawah umur 18 tahun daripada mencapai lelaman lucah dan berunsur jenayah tersebut. Di Malaysia setakat ini belumlah ada perangkaan yang didedahkan oleh mana-mana pihak yang mengaitkan Internet atau alat-alat komunikasi berinternet dengan kadar jenayah terhadap kanak-kanak. Dan setakat ini belumlah wujud kumpulan-kumpulan prihatin seperti di UK yang memberi perhatian terhadap masalah ini. Tetapi pada peringkat perseorangan, atau dalam bentuk yang belum tersusun dan tidak berkumpulan, rasa bimbang dan keresahan sudah semakin meluas di kalangan pelbagai pihak termasuk ibu bapa, para pendidik, penggubal dasar dan penguat kuasa. Begitu kesedaran (keprihatinan dan kebimbangan) juga telah semakin dirasakan oleh pihak berkuasa terutama Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia (KTKM) sebagai salah satu agensi utama kerajaan yang bertanggungjawab secara langsung terhadap hal ehwal ICT.Berbangkit daripada kesedaran itulah, barangkali, maka KTKM telah menganjurkan satu pertemuan sumbang saran Sabtu lalu. Pertemuan tersebut telah dihadiri oleh pelbagai pihak termasuk ahli-ahli akademik dan para wartawan, pihak industri dan pengedar serta wakil-wakil agensi kerajaan yang berkenaan. Persoalan utama yang jadi pokok perbincangan ialah bagaimana kesan-kesan negatif 3G itu nanti dapat dicegah atau diminimumkan.

KESAN BAIK DAN BURUK TEKNOLOGI DAN PEMODENAN KOMUNIKASI

Secara umumnya, teknologi boleh ditakrifkan sebagai aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi manusia dalam kehidupan seharian, sejarah penggunaan teknologi bermula pada zaman pra-sejarah dimana manusia menjumpai atau mendapat tahu cara menghidupkan api untuk memasak makanan mereka serta kewujudan roda bagi tujuan untuk memudahkan perjalanan mereka.

Menurut Mcluhan, perkembangan teknologi telah mengubah dunia contohnya melalui perkembangan seperti kemudahan satelit, beliau berkeyakinan bahawa perkembangan teknologi komunikasi yang pantas akan menyediakan warga dunia dengan maklumat mengenai sesuatu kejadian di dunia dengan pantas, cekap dan tepat. Ianya diklasifikasikan sebagai perubahan yang berlaku dari suatu masa kepada suatu masa yang lain untuk tujuan penambahbaikan. Ia berupaya untuk melepaskan ataupun menundukkan kuasa yang datang dari masa lampau, perubahan yang berlaku (pemodenan) telah melahirkan kerajaan yang mengamalkan sistem kapitalisme. Secara ringkasnya selepas revolusi Perancis, teknologi dapat dilihat sebagai satu ciri teras budaya pemodenan. Disamping itu budaya modenis dianggap sebagai intipati kemajuan.

Setiap negara yang terdapat di dunia ini sentiasa berlumba – lumba untuk meningkatkan lagi tahap teknologi dan permodenan negara masing – masing. Bagi Malaysia, kita sering berusaha untuk mengarusperdanakan teknologi dan pemodenan dari masa ke semasa. Menurut Tun Dr. Mahathir iaitu bapa pemodenan Malaysia, rakyat Malaysia sekarang sudah mampu untuk menghadapi penerimaan teknologi dan pemodenan yang semakin canggih. Masyarakat sekarang ini terutamanya di negara Malaysia mampu untuk menggunakan teknologi dan permodenan yang sedia ada malah kebanyakkannya menggunakannya dalam kehidupan harian mereka. Seperti yang dapat kita lihat, teknologi komunikasi pada masyarakat Malaysia dahulu agak sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Tetapi lain halnya pada masa kini dengan perkembangan teknologi komunikasi seperti internet, skype, persidangan video, masyarakat kini pantas untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan ini.

Dewasa ini, walaupun Malaysia telah mencapai tahap Negara membangun tetapi masih lagi wujud masyarakat pinggiran yang masih lagi ketinggalan dan kurang pendedahan tentang teknologi maklumat. Golongan yang mendominasi teknologi adalah terdiri dari mereka yang mempunyai tahap intelektual tinggi. Antaranya mereka yang dari golongan professional, pelajar, penjawat tinggi dan sebagainya. Golongan urban telah terdedah dengan teknologi sejak dari kecil lagi maka penggunaan teknologi bagi mereka adalah sangat penting dalam aktiviti seharian sehinggakan mereka tidak dapat lari darinya. Dengan penggunaan teknologi, kesenangan dan kelapangan mudah dirasai. Namun berbeza bagi golongan pinggiran di mana mereka sering dieksploitasi oleh keadaan yang menyebabkan mereka makin terpinggir dari teknologi. Apabila teknologi komunikasi wujud kuasa pusat menguasai kesedaran masyarakat pinggiran. Ini sebenarnya, akan menigkatkan jurang diantara masyarakat Bandar dan pinggiran.

Keburukan yang kedua ialah wujudnya maklumat tanpa sempadan. Ini dapat dilihat di dalam bidang penyebaran maklumat di mana negara-negara besar seperti Amerika akan dapat menyebarkan dakyah-dakyah atau khabar angin tentang keburukan sebuah negara yang ternyata tidak benar. Di sini, negara yang menguasai teknologi itulah yang mempunyai kuasa besar untuk menyebarkan maklumat-maklumat yang dimilikinya.

Bagi masyarakat di Malaysia pula, komunikasi telah membawa semua masyarakat di Malaysia untuk berhubung diantara satu sama lain dengan lebih mudah. Contohnya dengan terdapatnya komunikasi telefon, penggunaan internet, telah membuatkan masyarakat lebih peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling dengan lebih cekap. Penggunaan komunikasi telefon dan internet boleh memudahkan lagi dari segi menghantar maklumat-maklumat penting kepada seseorang walaupun beliau berada di tempat yang jauh. Bagi sesetengah masyarakat pula, dengan adanya komunikasi yang lebih moden telah memberi impak yang buruk terhadap golongan ini seperti mereka menyalahgunakan teknologi komunikasi ini dengan perkara-perkara yang tidak elok seperti penggunaan internet dimana masyarakat ini menggunakannya untuk kepentingan peribadi dan untuk menjatuhkan maruah seseorang, disamping itu teknologi komunikasi yang lebih membangun secara tidak langsung membawa kepada keburukan seperti pengaruh budaya luar yang boleh memburukkan lagi budaya masyarakat kita yang sedia ada.

Penggunaan teknologi komunikasi ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan dan ianya bergantung kepada individu itu sendiri tentang bagaimana ianya hendak mengadaptasikan teknologi komunikasi ini kepada dirinya.Oleh itu kita mestilah menggunakan kemudahan yang ada untuk membangunkan negara dan menggunakannya untuk kebaikan sahaja kerana ianya boleh membawa kepada keburukan dan boleh merosakkan diri kita serta perkembangan ekonomi negara dan terpulang kepada kita bagaimana kita hendak mencorakkan teknologi komunikasi itu supaya menjadi lebih baik dan untuk kesenangan kita di masa hadapan.


Internet & komunikasi

‘Internet’ adalah merupakan alat yang sangat “sinonim” atau berkait rapat dengan keperluan pelajar-pelajar yang sedemikian, yang lebih menjurus kepada mencorak dan menjana minda selaras dengan perkembangan dunia masa kini. Disamping itu juga, ia boleh memberi pengalaman kepada pelajar supaya turut serta dalam pembelajaran secara terus dan pantas dengan dunia luar. Dengan itu pelajar-pelajar secara langsung, bukan sahaja tahu menggunakan teknologi berkenaan melalui bacaan dan tulisan yang terpapar dilayarnya tetapi tahu bagaimana menggunakannya untuk mendapatkan sumber maklumat yang pelbagai menerusi perkhidmatan yang ditawarkannya. Doyle (1992)

Dalam era globalisasi yang berteknologi maklumat (IT), Internet merupakan salah satu penyalur pelbagai sumber maklumat kepada rangkaian komputer di seluruh dunia, melalui kemudahan sistem rangkaian secara terus. Justeru itu, World Wide Web (WWW), mengharapkan Internet supaya sekolah dan institutsi-institusi pengajian dapat memperbanyakkan “LamanWeb”nya. “LamanWeb” sedemikian bukan sahaja boleh berguna untuk pelanggan berinteraksi di antara satu sama lain, tetapi juga berguna untuk dijadikan bahan dalam penyediaan ”hardware” dan “software”.

Di samping itu, sumber-sumber lain dari seluruh dunia yang dapat dirangkaikan bersama, dapat menjadi penyumbang dalam membantu menambahkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Tidak hairanlah dengan teknologi terkini yang semakin maju, generasi akan datang dan masa kini telah boleh melayari LamanWeb berteknologi “3 Demesi”, di mana “sofware” yang dipanggil “Virtual Reality Markup Language (VRML)”digunakan. “Software” ini diambil melalui program yang boleh disambungkan kepada LamanWeb ke Layar Utama dari Pengkalan Data (Data Base) dan rangkaian utama - kampus. Hutchinson (1996) percaya LamanWeb sedemikian boleh menjadikan sesebuah institusi dalam situasi yang sebenar dan dapat memperkenalkan institusi atau sekolah tersebut dalam “Cyberspace” (Duniasiber).

Teknologi maklumat & komunikasi

Seorang pekerja atau warganegara di abad ke-21 ini amat memerlukan kemahiran yang lebih kompleks dan terperinci selain perlu pengetahuan asas dibidang bacaan, penulisan dan kira mengira. Kemahiran membaca, menulis serta mengira menggunakan kaedah yang lama atau tradisi hendaklah diselaraskan dengan latihan komunikasi masa kini, termasuk dalam kemahiran mengkritik (berfkir secara kritis), kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesai masalah. (Costa, 1985).

Kemudahan teknologi yang terdapat di rangkaian teknologi maklumat, sistem telekomunikasi dan pengkalan data (data base) membolehkan segala maklumat diperolehi

dengan begitu cepat, mudah, pantas dan terkini. Walau bagaimana pun, ia bergantung kepada sejauh manakah kita, dapat mengenal pasti maklumat tersebut dalam WWW (World Wide Web), bagaimana ia diperolehi, dan bila seharusnya ia patut digunakan? Bagi mereka yang ingin memperluaskan pengetahuan, Internet adalah pilihan yang tepat buat masa kini. Seandainya kita yakin yang maklumat itu sebagai penyalur pengetahuan, kemudian dapat menjadi penghubungkan antara manusia sejagat setiap masa dengan pelbagai rangkaian dan pengkalan data, maka ianya sudah tentu menjadi jalan penentu bagi melahirkan pelajar yang berdaya saing (McLain & DiStefano, 1995).

Melalui perhubungan Internet, Malaysia telah berjaya di kenali dunia. Jaring (Joint Advanced Research Intergrated Networking) umpamanya, merupakan salah satu agensi teknologi maklumat yang di pertanggungjawabkan oleh kerajaan Malaysia sebagai penyalur segala maklumat untuk negara ini. Ia dipunyai sepenuhnya oleh Malaysian Institute of Microelectronics System (MIMOS), sementara operasinya dikendalikan bersama dengan Telekom Malaysia. Kemudahan infrastuktur Telekom yang sedia ada, memudahkan lagi operasi tersebut berjalan dengan lancar. Ekoran itu menurut statistic (Information Technology, 1997), jumlah pelanggan Jaring telah meningkat kira-kira 20 peratus sebulan, menjadikan kira-kira 100,000 pelanggan dalam masa yang singkat dengan lebih 3,500 pengguna pelbagai pertubuhan.

Baru-baru ini Telekom Malaysia telah bersetuju meluluskan untuk mengadakan perkhidmatan talian Internet kedua seluruh negara. Di samping itu Telekom Malaysia mempunyai sasaran tersendiri untuk mendapatkan pelanggan sekurang-kurangnya 250,000 pelanggan pada tahun 1998 ketika itu. Akhirnya, Telekom telah mendapat kira-kira 35,000 pelanggan yang diluar jangkaan dalam masa yang begitu singkat, selepas beberapa tahun pelancarannya.

Dalam era pendidikan pula, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang untuk menerapkan IT (Information Technology) atau TM (Teknologi Maklumat), selaras dengan perkembangan ICT (Information Comunication Technology) atau Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di semua sekolah Bistari menjelang tahun 2010. Masa kini terdapat 7,000 buah sekolah rendah dan 1,500 buah sekolah menengah di Malaysia.

Dari jumlah tersebut 90 buah sekolah telah dipilihsebagai sekolah printis Sekolah Bistari pada tahun pada Januari 1999. Pada tahun 2000,jumlahnya meningkat 500 buah sekolah dengan penglibatan sejumlah 300,000 pelajar kearah pembelajaran Bistari. Pada tahun 2010, semua sekolah di negara ini yang berjumlah 10,000 buah sekolah akan terlibat sebagai sekolah Bistari. Ini bermakna 8.5juta pelajar dan 450,000 orang guru akan terlibat (MSC,1997).

Penutup

Di era hidupan zaman ‘IT’ dan ‘Globalisasi’ masyarakat seharusnya sentiasa menjurus dan peka dengan apa yang dikatakan “Information Society” (Masyarakat Yang Berteknologi). Jika tidak, kelompok masyarakat itu akan dalam keadaan yang sentiasa dalam ketinggalan dan terpinggir dengan pengetahuan tersebut. Sehubungan itu, masyarakat perlu mengikuti perkembangan tersebut. Selaras dengan konsep demikian Internet adalah sumber penting sebagai penyalur media terkini dalam ICT dan yang tidak asing lagi dikalangan semua pengguna komputer. Namun begitu, dari sumber mana dan bagaimana ianya difungsikan oleh pelanggan-pelanggannya, itu terpulang kepada pelanggan-pelanggan itu sendiri. Ada yang menggunakan secara positif sebagai media pengajaran dan pembelajaran, sebagai ICT, juga tidak kurang yang menggunakan perkhidmatan Internet secara negatif menjadikan ia kepada penyalur atau sumber. keburukan.

BIBLIOGRAFI

Ambron, S & Hooper, K. (Eds), (1988). Interactive Multimedia Redmont, WA:

Microsoft.

Butler, K.D. (1995). A users and gratifications study of the Internet. (CD-ROM).Abstract

from: ProQuest File: Dissetation Abstract Item: AAC 1375675

UNIMAS Infoserv5 (1997), Available: http://unimas.my/html/infoserv5,html

Cuban, L, (1996). Teachers and Machines; The classroom use of technology since 1920.

New York: Teachers’ College Press

Hughes, S. (1997). The lost generation ? The lack of competence in using information

technology amongst postgraduate students of English initial teacher education.

Jurnal of Information Technology for Teachers Education, 6,2, 185-204

http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/2002/hajiman.PDF


Komunikasi Efektif

Cara Komunikasi Yang Efektif (The 5 Inevitable Laws of Efffective Communication) yang merangkumi dalam satu kata yang mencerminkan satu perkataan dari komunikasi iaitu REACH (Respect, Empathy, Audible, Clarity, Humble). Cara komunikasi efektif dalam konteks dan sebagai kaedah bagi kita untuk mengembangkan kemampuan bercakap di hadapan audiens.

Cara pertama dalam berkomunikasi secara efektif, khususnya dalam bercakap di depan publik adalah respect iaitu sikap hormat dan sikap menghargai terhadap khalayak atau hadirin. Hal ini merupakan cara yang pertama dalam kita berkomunikasi dengan orang lain, termasuk berbicara di depan publik. Kita harus memiliki sikap (attitude) menghormati dan menghargai hadirin kita. Kita harus ingat bahawa pada prinsipnya manusia ingin dihargai dan dianggap penting.

Cara kedua adalah Empathy , iaitu kemampuan kita untuk menempatkan diri kita pada situasi atau keadaan yang dihadapi oleh orang lain. Kemampuan akan membantu kita untuk dapat menyampaikan pesanan (message) dengan cara dan sikap yang akan memudahkan penerima pesanan (receiver) menerimanya. Oleh sebab itu, dalam bercakap di hadapan publik, kita harus terlebih dahulu memahami latar belakang, golongan, lapisan sosial, peringkat umur, pendidikan, minat, harapan dan sebagainya dari publik (audiences) kita. Jadi sebelum kita membangunkan komunikasi atau mengirimkan pesanan, kita memerlukan publik yang menerima mesej kita. Supaya tiada halangan psikologis atau penolakan dari penerima mesej. Komunikasi yang efektif adalah hasil dari komunikasi dua hala. Komunikasi satu arah tidak efektif malah penggunaan jenis komunikasi ini tidak dapat memberi maklumbalas (feedback) dari penerima mesej.

Cara ketiga adalah audible iaitu dapat didengarkan atau difahami dengan baik. Audible dalam hal ini bermaksud mesej yang kita sampaikan dapat diterima oleh penerima mesej. Mesej harus disampaikan melalui medium atau saluran penerimaan yang dapat diterima dengan baik oleh penerima mesej. Penggunaan pelbagai media dan perlengkapan atau alat bantu audio visual yang akan membantu kita agar mesej yang kita sampaikan dapat diterima dengan baik.

Clarity iaitu cara ke empat digambarkan sebagai kejelasan dari mesej yang kita sampaikan. Selain mesej harus dapat diterima dengan baik, kejelasan dari mesej itu sendiri sehingga tidak menimbulkan multi interpretasi atau berbagai penafsiran yang berlainan. Clarity juga sangat bergantung kepada kualiti suara dan bahasa yang kita gunakan. Penggunaan bahasa yang tidak difahami oleh publik akan akan memberi kesan kepada persembahan dan tidak dapat mencapai tujuannya.

Cara kelima dalam komunikasi yang efektif adalah humble iaitu sikap rendah hati. Sikap ini merupakan unsur yang berkait dengan cara pertama untuk membangun rasa menghargai orang lain, biasanya didasari oleh sikap rendah hati yang kita miliki. Kerendahan hati juga bererti tidak sombong dan menganggap diri penting ketika kita berbicara di hadapan publik. Cara komunikasi tersebut sangat penting untuk menjadi dasar dalam melakukan persembahan di hadapan publik.

Bibliografi

Witzany, Guenther. “The Logos of the Bios 2. Bio-communication. Umweb, Helsinki (2007). [1] Dance, Frank. “The ‘concept’ of communication. Journal of Communication, 20, 201-210 (1970). [2] Witzany, Guenther. “The Logos of the Bios 2. Bio-communication. Umweb, Helsinki (2007).



No comments:

Post a Comment